Youtuber Korea Daud Kim Tunai Umrah, Tulis Coretan Ikhlas Buat Peminat

daud kim tunai umrah

YouTuber popular Korea Selatan, Jay Kim atau nama Islamnya Daud Kim mengumumkan dirinya mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah bagi tujuan mendekatkan lagi diri kepada Allah S.W.T.

Berita gembira itu dikongsi olehnya melalui satu coretan yang dibuat khas di laman Instagram pada Sabtu.

“Saya menjejakkan kaki ke Mekah sekali lagi. Tempat ini diibaratkan seperti rumah buat saya, sangat menenangkan jiwa dan suci.

“Kehidupan saya sangat serabut. Saya fikir saya adalah orang yang tidak bertuah jadi saya sering tercari-cari akan sesuatu, namun begitu saya sentiasa cuba untuk mencari jawapan.

“Dan saya sedar, saya tidak keseorangan. Seseorang yang berada di sisi saya saya cuba membawa saya ke jalan yang benar. Saya tersedar saya mempunyai Allah,” katanya dalam hantaran itu.

Dalam pada itu, Daud Kim juga berkata Islam memberikan jawapan kepada semua persoalannya dan rasa amat bertuah kerana telah dipilih oleh Allah untuk ke jalan yang benar.

“Jawapan sebab saya dicipta, sebab saya hidup. Dan akhirnya nanti ke mana saya akan pergi selepas dari kehidupan ini.

“Allah membimbing saya dalam setiap perkara yang perlu saya lakukan. Hidup saya masih belum sempurna, kadang-kadang saya mendapat banyak kritikan,” katanya.

Daud Kim turut mengakui dirinya masih melakukan kesilapan, namun dia seorang Muslim yang tidak pernah berhenti untuk memohon keampunan dan rahmat daripada Yang Maha Pengampun.

“Kepercayaan saya tidak pernah berubah. Insya Allah. “Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad (saw) adalah utusan-Nya.” 

“Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku dan membimbingku ke jalan yang benar, dan saya berharap semoga Allah memberi petunjuk kepada semua yang memerlukan pertolongan.

“Semoga Allah merahmati seluruh umat Islam di dunia. Sehingga hari kita bertemu di Jannah,” memetik coretannya.

Sebelum ini, media melaporkan itu bukan kali pertama buat Daud Kim ke Tanah Suci, malah dia sudah menunaikan umrah pada April tahun lalu.

Sejak dari itu, Daud Kim semakin bergiat aktif berkongsi perjalanan hidupnya sebagai seorang Muslim di media sosial.

Difahamkan juga, Daud Kim telah memeluk Islam sekitar tiga tahun lalu dan diperkenalkan mengenai agama fitrah tersebut ketika berusia 8 tahun.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daud Kim (@jaehan9192)

Sumber: jaehan9192 via Instagram

The post Youtuber Korea Daud Kim Tunai Umrah, Tulis Coretan Ikhlas Buat Peminat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*