Zamsaham Akui Tahan Gaji Pemain Sebab 10 Kali Kalah

Zamsaham tahan gaji

Zamsaham Akui Tahan Gaji Pemain Sebab 10 Kali Kalah

Kebelakangan ini, dakwaan isu tunggakan gaji pemain-pemain Kelantan FC sering berlegar di media sosial. Pemain yang terlibat meluahkan rasa tidak puas hati apabila bayaran gaji belum dilunaskan untuk bulan April oleh pihak majikan.

Malah, beberapa hari lepas, ada bekas pemain yang sudah melaporkan isu ini kepada Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) dan PFAM mengambil berat tentang kebajikan pemain profesional, lebih-lebih lagi melibatkan tunggakan gaji.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman yang sebelum ini memilih untuk berdiam diri akhirnya membuka mulut menerusi akaun Facebook beliau sebentar tadi. Menurut Norizam, “sebelum ini semua pemain dapat gaji penuh. Benar lambat dan ada bulan bayaran secara berperingkat dalam bulan sama.”

Norizam atau lebih mesra disapa Zam Saham juga berkata, setiap bulan semua pemain tetap dapat jumlah gaji penuh dan menafikan dakwaan dua bulan gaji tertunggak.

Zamsaham Akui Tahan Gaji Pemain Sebab 10 Kali Kalah

“Tapi ini bila kekalahan berterusan 10 kali. Saya kata nak gaji penuh April (bulan April) bagilah saya kemenangan. Main betul-betul sungguh. Saya bukan tolak, saya tahan (gaji).”

“Saya nak cari duit susah. Biarlah rasa berbaloi dgn kemenangan. Kalau tak menang seri pun jadilah. Takdir ya takdir, tapi kenalah usaha lebih.”

“Untuk match minggu ini, berikan yang terbaik dan kemenangan. kalau tak menang usahalah sehabis baik kepada seri. Kalau kalah, biarlah kalah bermaruah. Saya telah bayar semua gaji, takda tunggakkan dan saya janji baki gaji yg ditahan 50% semua akan dibayar,” tambahnya lagi.

Kelantan FC dijadualkan bakal bertemu pasukan setempat, Kelantan United pada Jumaat (2 Jun 2023). Setakat ini Kelantan FC hanya mencatat satu kemenangan, 1 seri dan 10 kemenangan dalam 12 perlawanan.

Kredit: ZAMSAHAM

BACA: Polis Evo 3 Kaut Kutipan RM16 Juta Selepas Empat Hari Ditayangkan

The post Zamsaham Akui Tahan Gaji Pemain Sebab 10 Kali Kalah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*