Connect with us

Selebriti

Zul Yahya Tinggalkan Tabligh, Demi Jaga Nama Baik Jemaah

Sejak kebelakangan ini, nama bekas pelakon Zul Yahya sering dilanda pelbagai kontroversi, baru-baru ini ketika Zul memberhentikan anak ke sekolah kerana mengejar akhirat, isu makanan sunnah dan vaksin.

Namun, baru-baru ini Zul enggan mengaitkan namanya dengan jemaah tabligh untuk melindungi nama baik jemaah tersebut.

Melalui perkongsian di Instagram, Zul mengatakan banyak perkara yang dipelajari semasa waktunya bersama jemaah tabligh dan berharap agar dirinya terus istiqamah.


“Jangan kaitkan saya dengan jemaah tabligh. Ini bagi menjaga kemuliaan nama jemaah tabligh. Saya tidak lagi bersama mereka.

“Alhamdulillah, banyak perkara yang saya belajar daripada mereka. Semoga apa yang dikongsikan kepada saya selama ini dapat diamalkan dan doakan saya dapat terus istiqamah hingga mati. Selamat tinggal segala urusan bersama mereka,” katanya.

Sebelum ini, Zul secara aktif berkongsi kegiatan berdakwah untuk menyebarkan Islam dengan kumpulan tabligh.


SUMBER: OHMYMEDIA


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags