10 Saintis Dipilih Sertai Eksplorasi Ke Marikh

saintis ke marikh

10 Saintis Dipilih Sertai Eksplorasi Ke Marikh

Seramai 10 orang penyelidik dari Institusi di seluruh Amerika Syarikat telah dipilih oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika (NASA) untuk menyertai Martian Moons eXploration (MMX) sebagai sebahagian daripada Science Working Team.

Menurut kenyataan dari laman sesawang NASA, misi MMX JAXA yang bakal dilancarkan pada tahun 2024 itu akan menyaksikan mereka melawat dua bulan Marikh yang dikenali sebagai Phobos dan Deimos.

Mereka akan mendarat di Phobos untuk mengumpul sampel permukaan yang akan dihantar ke bumi pada tahun 2029.

Antara saintis yang dipilih menjalankan penyelidikan menggunakan instrumen penerbangan MMX itu adalah Olivier  Barnouin dan R. Terik Daly dari Makmal Fizik Gunaan Johns Hopkins.

Sementara itu, NASA telah menyumbang instrumen spektograf sinar Gamma dan Neutron (MEGANE) dan demonstrasi teknologi Pneumatic Sampler (P-Sampler) kepada saintis tersebut sebagai tanda sokongan.

Dalam acara berasingan pada 17 April lalu, NASA dan JAXA telah menandatangani perjanjian untuk merasmikan kerjasama MMX.

Ia adalah bagi mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua agensi.

Eksperimen Selama Setahun Di Bumi “Habitat Marikh” dari NASA

NASA baru baru ini juga telah memperkenalkan simulasi habitat marikh baharunya pada umum. Habitat marikh yang ditubuhkan akan menjadi ‘rumah’ bagi sukarelawan yang menyertai eksperimen itu.

Eksperimen selama setahun itu difahamkan memberi gambaran  bagaimana misi di planet itu akan berjalan di masa depan.

Dalam laporan, kemudahan tersebut dinamakan sebagai Crew Health and Performance Exploration Analog (CHAPEA) yang terletak di pusat penyelidikan agensi itu di Houstan, Texas.

Selain itu, angkasawan  juga perlu berlatih menggunakan satu alatan mirip treadmill yang bertindak sebagai alat simulasi graviti planet merah itu.

Sukarelawan-sukarelawan itu akan menggunakan treadmill berkenaan sebagai simulasi perjalanan jauh di planet Marikh dalam mengumpul sampel, data dan membina infrastruktur.

Setakat ini, empat sukarelawan yang akan terlibat dalam eksperimen tersebut belum dipilih. Bagaimanapun NASA berkata, pemilihan dibuat berpandukan kriteria ketat program pemilihan angkasawan.

Tambahan, NASA juga membekalkan kemudahan percetakan 3D. Menurut agensi ia merupakan antara teknologi yang akan diguna pakai dalam misinya membangunkan infrastruktur di planet Marikh.

Sumber: NASA

The post 10 Saintis Dipilih Sertai Eksplorasi Ke Marikh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*