ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mahu lebih berwaspada dengan ‘sekatan’ yang bakal mereka hadapi apabila turun menentang PDRM FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman malam esok.
Selepas bangkut mengutip tiga mata apabila menewaskan Terengganu FC (TFC) 1-0 Sabtu lalu, kapten pasukan Sony Norde berharap skuadnya perlu meningkatkan lagi fokus dan usaha bagi memastikan tiga mata seterusnya di laman sendiri tidak dihalang The Cops.
Kedah yang kini mengumpul 12 mata dan menduduki tangga ke-10, berada di landasan terbaik untuk mengukuhkan kedudukannya pada kelompok pertengahan selepas berjaya keluar dari kelompok pasukan bawahan liga pada minggu lalu.
Menerusi rekod perlawanan, skuad kendalian P Maniam yang kini menghuni tangga kelima Liga Super pula, The Cops dilihat bakal memberi ancaman hebat buat Kedah apabila berjaya melakar kemenangan 1-0 keatas Sabah FC sebelum mengikat dua pasukan kelompok atas liga – Terengganu FC dan Selangor FC dengan keputusan 1-1.
“Lawan kami PDRM FC yang berada dalam kelompok lima pasukan teratas ini tidak mudah buat mana-mana pasukan. Mereka mampu memberi kejutan pada pasukan lawan dalam tiga aksi mereka sebelum ini.
“Jadi kami perlu teruskan fokus melalui perancangan yang dibuat ketua jurulatih supaya momentum kemenangan yang kami perolehi pada aksi menentang TFC yang lalu dapat diteruskan.
sumber: BH
“Di sebalik semangat yang ada, kami juga perlu lebih berhati-hati dan berwaspada walaupun beraksi di laman sendiri bagi mengelak melakukan kesilapan yang boleh merugikan peluang di hadapan penyokong,” kata Norde.