ALOR SETAR: Kedah Darul Aman terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila seri 1-1 dengan PDRM FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.
Keputusan seri itu menyaksikan skuad Sang Kenari kendalian Nafuzi Zain menghuni tangga ke-10 dengan 13 mata.
Tuan rumah, yang berdepan isu tunggakan gaji, terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-16 menerusi penyerang Syafiq Ahmad yang menyudahkan hantaran lintang Sony Norde namun ia dibatalkan selepas semakan VAR.
Bagaimanapun, pemain pertahanan Jose Cleylton menggegar Stadium Darul Aman pada minit ke-28 apabila percubaannya gagal ditepis penjaga gol pelawat See Tian Kiat.
sumber: BH
Hasrat PDRM untuk menyamakan kedudukan akhirnya berhasil pada minit ke-56 apabila pemain importnya
Aremu Timothy merembat bola ke gawang Kedah selepas menerima hantaran lintang Bruno Suzuki dari sayap kiri.