Keluarga Ronaldo dalam bah4ya?

London: Cristiano Ronaldo dan pasangannya Georgina Rodríguez dipercayai sedang mengharungi detik kehidupan yang sukar sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

Ketenangan yang mereka nikmati di Arab Saudi terganggu oleh beberapa anc4man yang membimbangkan, malah sehingga memaksa polis campur tangan untuk memastikan keselamatan mereka.

Sejak ketibaan mereka di Riyadh, Ronaldo dan Georgina menjalani kehidupan yang agak normal. Walaupun terkenal, mereka sekeluarga boleh bersiar-siar tanpa sebarang insiden.

Namun, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, mereka mula menerima mesej membimbangkan yang tidak boleh dipandang ringan.

Menurut media Portugal dan Sepanyol, anc4man tersebut adalah secara langsung dan spesifik. Ia bukan hanya sekadar komen di media sosial, tetapi am4ran serius yang membah4yakan kes3lamatan seluruh keluarga.

Perkembangan ini mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan orang terdekat mereka.

Ronaldo dan Georgina belum mahu mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu tetapi membuat keputusan yang menunjukkan betapa serius anc4man tersebut.

Keutamaan mereka untuk melindungi anak-anak mereka dan mengelakkan sebarang risiko yang tidak perlu. Salah satu perubahan pertama adalah menghadkan pendedahan anak-anak mereka di media sosial.

Sehingga beberapa bulan lalu, Georgina sering berkongsi gambar mereka secara semula jadi. Kini, dia memilih untuk menutup wajah anak-anak mereka dengan emoji atau mengelak menunjukkan wajah mereka di hantaran media sosial.

Perkembangan itu membuatkan peminat mereka tertanya-tanya apa yang telah berlaku. Ramai menyangka ia keputusan peribadi, tetapi realitinya lebih membimbangkan.

Di sebalik perubahan itu, terdapat ketakutan sebenar bahawa seseorang mungkin menggunakan imej mereka dengan niat buruk.

Georgina dan Ronaldo mula meningkatkan lagi kawalan keselamatan di kediaman mereka. Mereka mengupah empat pengawal peribadi baru dan menambah dua pengawal lagi.

Mereka tidak mahu berkompromi dalam hal keselamatan dan mencari perlindungan terbaik yang mungkin. Mereka juga memutuskan untuk berpindah ke rumah yang lebih selamat. Kediaman baru mereka di Riyadh dilengkapi dengan bilik kebal dan sistem pengawasan yang canggih.

Tahap keselamatan yang semakin ketat telah mengubah kehidupan seharian mereka sepenuhnya. Georgina dahulu gemar berjalan dalam tempoh agak lama di pusat beli-belah bersama anak-anak mereka.

Kini, penampilan awamnya lebih terhad dan sentiasa ditemani pengawal keselamatan. Ronaldo juga mengambil langkah berjaga-jaga dalam kehidupannya di luar rumah.

Ketika bersama pasukan, dia sentiasa ditemani kakitangan keselamatannya. Bahkan di acara sukan, kawalan terhadap persekitaran menjadi lebih ketat.

Polis Saudi menyedari situasi dihadapi Ronaldo dan melancarkan siasatan. Pihak berkuasa mahu mengenal pasti asal-usul anc4man tersebut dan memastikan keselamatan keluarga itu.

Tidak dinafikan ia boleh melibatkan kumpulan ter4ncang dengan niat jen4yah. Kelab Al Nassr juga menunjukkan sokongan kepada Cristiano Ronaldo. Pihak pengurusan sedar dengan tek4nan media dihadapi dan mahu memberikannya ketenangan.

sumber : HM

Mereka menawarkan semua sumber yang diperlukan untuk membantu melindungi persekitarannya. Walaupun begitu, Cristiano tetap fokus pada kerjaya sukan beliau. Disiplin dan komitmennya terhadap bola sepak tidak berubah.

Georgina pula cuba kekal tenang demi kesejahteraan anak-anak mereka. Walaupun dia terus dengan komitmen profesionalnya, dia mengelak daripada bercakap mengenai isu itu secara terbuka. Dia tahu sebarang kenyataan boleh meningkatkan perhatian yang beris!k0 terhadap keluarganya.