Abdul Rahmat Nafi Lokasi Pengebumian Allahyarham Tun Hanif Omar Diubah Ke Bukit Kiara Atas Permintaan Keluarga

lokasi pengebumian hanif omar

Abdul Rahmat Nafi Lokasi Pengebumian Allahyarham Tun Hanif Omar Diubah Ke Bukit Kiara Atas Permintaan Keluarga

KUALA LUMPUR — Anak kedua bekas Ketua Polis Negara, Kapten Abdul Rahmat Omar Mohamed Haniff menafikan lokasi  pengebumian jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar, diubah ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara atas permintaan keluarganya.

Abdul Rahmat dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pertukaran lokasi pengebumian Allayarham bukanlah permintaan dari pihaknya sebaliknya ia dimaklumkan oleh Imam Masjid Negara.

Dia turut memperjelaskan situasi sebenar yang berlaku bagi mengelakkan perselisihan maklumat yang tidak benar.

“Pada 3.16 pagi, saya mengeluarkan kenyataan pertama memaklumkan pemergian Allahyarham.

“Pada 6.22 pagi, saya memaklumkan bahawa jenazah akan berada di rumah sehingga jam 10 pagi untuk membenarkan sanak-saudara dan rakan-taulan menziarah.

“Kemudian, jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam untuk urusan pemandian, pengkafanan dan sembahyang jenazah. Tiada maklumat pengebumian dapat diputuskan sehingga mendapat maklum balas Sekretariat PDRM dan Bahagian Kebajikan PDRM,” katanya.

Jelasnya, sekitar 8.40 pagi dia telah mengeluarkan maklumat terakhir berkaitan Allahyarham yang mengatakan jenazah akan dibawa ke Masjid PDRM Bukit Aman selepas disembahnyangkan buat kali pertama.

Ia bertujuan untuk penghormatan terakhir dan disembahyangkan sekali lagi sebelum dibawa ke Bukit Kiara.

“Lebih kurang jam 9.45 pagi, saya dimaklumkan oleh PDRM supaya mempertimbangkan untuk jenazah dibawa terus ke Masjid Negara untuk semua urusan sehingga pengebumian di Makam Pahlawan,” katanya.

BACA: Kenapa Langit Bertukar Warna Hijau Ketika Dilanda Ribut? Ini Sebabnya

Setelah berbincang dengan ibunya, dia mengambil keputusan untuk bersetuju dengan pertimbangan oleh PDRM.

“Ini merupakan maklumat dan komunikasi terakhir mengenai pengurusan pengebumian jenazah Allahyarham sehinggalah pengumuman dibuat oleh Imam Masjid Negara memaklumkan bahawa jenazah akan dikebumikan di Bukit Kiara,” jelasnya lagi.

Dia sekali lagi menekankan tidak ada sebarang perbincangan dilakukan oleh pihak protokol dengan keluarga, lebih-lebih lagi dia yang merupakan waris dan wakil keluarga.

“Kenyataan ini dibuat kerana terdapat khabar bahawa kami sekeluarga yang membuat permohonan pertukaran, dan juga terdapat pihak-pihak yang sudah mula membuat andaian berbaur politik yang tidak sihat,” katanya.

Sebelum ini, media memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar, telah diubah ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara atas permintaan keluarga.

The post Abdul Rahmat Nafi Lokasi Pengebumian Allahyarham Tun Hanif Omar Diubah Ke Bukit Kiara Atas Permintaan Keluarga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*