Ada 85 Huruf, Ini Salah Satu Nama Tempat Paling Panjang Di Dunia

nama tempat paling panjang

Ada 85 Huruf, Ini Salah Satu Nama Tempat Paling Panjang Di Dunia

Sebut saja New Zealand pasti terbayang betapa indahnya negara itu dengan keadaan muka bumi luas dan gunung ganang yang memukau pandangan sesiapa saja.

Selain itu, negara tersebut telah menjadi destinasi pelancongan yang digemari rakyat Malaysia. Salah satu sebabnya, negara ini mempunyai keindahan alam semula jadi yang sesuai untuk percutian dengan keluarga.

Selain menikmati keindahan alam, pelancong boleh melakukan aktiviti yang menarik seperti berkayak, heliskiing, pelayaran, menunggang basikal ke puncak bukit dan bermacam-macam lagi.

Setiap negara mempunyai budaya dan sejarah yang menarik. Dalam pada itu, New Zealand bukan sahaja menawarkan pemandangan yang indah, ia juga memiliki keunikan budaya serta sejarah yang diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness.

Lebih menarik, di New Zealand juga mempunyai salah satu nama tempat paling panjang di dunia.

Apa nama tempat paling panjang di New Zealand?

Semestinya susah untuk disebut, nama tempat tersebut dikenali sebagai ‘Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu’.

Ia merupakan sebuah bukit yang memiliki ketinggian sekitar 1,000 kaki atau 305 meter dari paras laut.

Bukit tersebut terkenal dalam kalangan pelancong dan terletak berhampiran Porangahau di Teluk Hawke di Pulau Utara.

Apa yang lebih menarik, nama yang unik itu merupakan daripada bahasa Maori. Ia bermaksud ‘bukit di mana seorang pahlawan dan pendaki bernama Tamatea mempunyai lutut yang besar dan menguasai wilayah itu memainkan alat muzik seruling di puncak bukit untuk orang yang disayangi’.

nama tempat paling panjang
Gambar: Warren Buckland Via NZHerald

Disebabkan nama bukit tersebut mempunyai 85 huruf, jadi penduduk di situ menggelarkannya sebagai Bukit Taumata sebagai singkatan supaya senang diingati, disebut serta dieja oleh orang ramai.

Sebenarnya, terdapat kisah yang menyayat hati disebalik nama tempat ini. Ia melibatkan pertempuran antara ketua lagenda, pengembara dan pahlawan Tamatea dan puak Ngāti Hine tempatan.

Akibat dari pertempuran tersebut, abang kepada pahlawan Tamatea terbunuh. Selepas kejadian, pahlawan Tamatea menjadi sangat sedih sehingga dia menghabiskan hari-harinya bermain seruling di atas bukit menandakan dia sedang berkabung.

Lanjutan daripada itu, kaum Maori ingin mengabadikan perjuangan pahlawan Tamatea dengan menamakan bukit sempena namanya.

nama tempat paling panjang
Gambar: amazing.zone

BACA: New Zealand Ambil Tindakan Tegas Terhadap Penggunaan Vape Oleh Orang Muda

Selain itu, Ross Scott yang merupakan pemilik tanah di mana papan tanda diletakkan mencadangkan untuk mengganti papan tanda lama kepada yang baharu pada tahun 2022.

Hal ini kerana tempat tersebut telah menjadi tempat pelancongan yang mempunyai kemudahan letak kereta, tempat rehat dan tandas awam.

Dia juga memberitahu bahawa nama itu perlu dilindungi daripada penggunaan yang tidak wajar sekaligus mengekalkan manfaat yang sedia ada. Bukan itu sahaja, ia turut memberi manfaat kepada seluruh kawasan Porangahau.

Sumber: New Zealand, stuff, nzherald

The post Ada 85 Huruf, Ini Salah Satu Nama Tempat Paling Panjang Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*