“Ada Bermacam Tulisan,” Ketahui Had Laju Dan Maksud Huruf Yang Terdapat Pada Tayar Anda

had laju tayar

“Ada Bermacam Tulisan,” Ketahui Had Laju Dan Maksud Huruf Yang Terdapat Pada Tayar Anda

Mengambil tahu tentang keadaan kenderaan merupakan perkara yang paling penting dan perlu dilakukan oleh setiap pemandu sebelum memulakan perjalanan.

Sekiranya berlaku sebarang kerosakan, seseorang individu itu akan dapat menyelesaikan sendiri tanpa perlu merujuk kepada mekanik.

Salah satu bahagian yang paling penting pada setiap kenderaan yang perlu kerap diperiksa ialah tayar.

Setiap jenis tayar pada sesebuah kenderaan mempunyai saiz dan kod yang berbeza, tidak kira sama ada ia bersaiz kecil ataupun besar.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Malah, setiap tayar ini juga mempunyai had laju yang berbeza mengikut kesesuaian kenderaan.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh Dr Aid Fawzal di laman Twitter, beliau ada berkongsikan mengenai spesifikasi dan had laju tayar pada setiap kenderaan.

Mari ikuti perkongsian daripada Dr Aid Fawzal seperti berikut:

Itu hari, ada rakan kita yang tanya betul ke tayar ni ada had laju?? Ya betul. Jom kita ulangkaji pasal spesifikasi tayar….

Gambar: Twitter

Pada tayar ni ada macam-macam tulisan. Tapi tulisan yang menunjukkan spesifikasi tayar adalah seperti dalam gambar pertama tu: 235/45R19 V

1) 3 nombor pertama = lebar tayar

  • Unitnya mm.
  • Pada contoh tu, 235mm lebar tayar.

2) 2 nombor seterusnya = profile tayar

  • Ini merujuk kepada ketinggian dinding tepi (sidewall) tayar.
  • Nilai yang ditulis adalah peratus daripada kelebaran tayar.
  • Pada contoh tu, 45% daripada 235mm = 0.45 x 235mm = 105.75mm tinggi.

3) Seterusnya nombor selepas R (atau r)

  • R tu bermaksud tayar ni jenis binaan ‘radial’.
  • Dan 19 tu merujuk kepada diameter rim yang sesuai dengannya.
  • Unitnya dalam inci.

4) Dan yang hujung sekali adalah huruf yang melambangkan kelajuan maksimum tayar sewaktu bawa beban penuh.

  • Pada contoh ni V = 240km/h.

Ada tayar yang sebelum huruf tu diletakkan dua nombor yang melambangkan kapasiti beban tayar. Lihat gambar ke 2.

  • Ia juga dipanggil ‘load rating’ atau ‘load index’.
  • Contohnya 225/40R18 92Y. 92 tu mampu tahan beban sebanyak 630kg.
Gambar: Goodyear

Kenapa tayar boleh ada had laju maksimum??

Ni kerana:

a) Pergerakan tayar bergolek ni sebenarnya ia bergesel dengan permukaan jalan raya. Tindakan bergesel ni menyebabkan ricih (shear) dan dalam keadaan berulang, akan menghasilkan haba (gambar 3).

Gambar: F1Techincal

Lagi laju tayar bergolek, lagi banyak haba terjana.

Getah bila panas tinggi jadi lembik, rosak.

b) Kelajuan pemanduan kereta tadi tu berkadar langsung dengan kelajuan putaran tayar. Tayar yang dipusing laju akan daya sentrifugal sangat tinggi (gambar 4).

Gambar: Science Fact

Lagi laju kereta dipandu, lagi tinggi daya sentrifugal. Lagi tinggi daya sentrifugal, tayar tadi boleh berubah bentuk. Bila berubah bentuk, prestasi cengkaman tayar berubah.

*Insyaallah tajuk tayar ni akan saya & penulis utama (En. Syamim) masukkan dalam buku Asas Dinamik Kenderaan yang sedang ditulis.

Sumber: Twitter

The post “Ada Bermacam Tulisan,” Ketahui Had Laju Dan Maksud Huruf Yang Terdapat Pada Tayar Anda appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*