Ainan Tasneem Rancang Konsert Mini Dengan Tasha Manshahar, Peminat Minta Ajak Najwa Latif Sekali

ainan tasneem najwa latif

Ainan Tasneem Rancang Konsert Mini Dengan Tasha Manshahar, Peminat Minta Ajak Najwa Latif Sekali

Penyanyi popular awal 2000-an, Ainan Tasneem teruja berkongsi rancangannya untuk mengadakan konsert mini dengan Tasha Manshahar.

Rancangan itu telah dikongsikan oleh Ainan Tasneem menerusi perkongsiannya di laman X miliknya.

Korang nak tanya. Kalau saya dengan Tasha Manshahar ada rancangan nak buat macam mini show/concert tahun depan korang nak datang tak?

“Tertutup punya. Untuk perempuan-perempuan je. Kita akan berhibur bersama-sama. Kitorang nyanyi  beberapa lagu. Pastu nanti ada sesi borak-borak,” tulis Ainan Tasneem.

Tambahnya lagi, konsert mini tersebut juga akan diselitkan dengan tazkirah agama oleh ustazah dan sesi sembang kenal dengan para penonton.

“Paling penting kita akan selitkan juga tausiah/tazkirah dari mana-mana ustazah atau orang yang layak.

“Semoga Allah redha dengan majlis kita tu nanti saya terfikir benda ni sebab ramai yang seru saya dengan Tasha untuk buat kemunculan semula dan buat persembahan.

“Jadi saya rasa, kenapa tidak, kan?” katanya lagi.

Beliau kemudian turut membuat satu poll untuk meninjau pandangan daripada peminatnya.

Bersetuju untuk adakan konsert mini pada tahun hadapan

Hasil daripada undian tersebut, ramai yang bersetuju dengan rancangan itu dan Ainan akhirnya bersetuju untuk menjayakan konsert mini tersebut.

“Saya terkejut sangat, ramai betul yang beri respon. Sangat terharu ya. Maka ayuh lah kita jayakan rancangan ini.

“Saya nak minta cadangan korang agak-agak dekat mana yang sesuai untuk kita buat acara ni?

“Lagi satu kalau korang kenal mana-mana perancang majlis yang boleh dipercayai boleh juga cadangkan kat sini,” tambah Ainan lagi.

Ciapan Ainan Tasneem berkenaan konsert mini itu dengan pantas menarik perhatian ramai.

Malah terdapat beberapa pengikut juga sempat meninggalkan komen agar menjemput Najwa Latif dalam konsert mini yang bakal diadakan tersebut.

“Nakk!! Ajak la Najwa Latif sama,” tulis seorang pengguna media sosial.

Untuk maklumat, Ainan Tasneem berjaya mencipta nama dalam dunia nyanyian dengan lagu popularnya iaitu Aku Suka Dia dan 150 Juta

Namun begitu, semasa di puncak popularitinya, Ainan Tasneem kemudiannya mengumumkan untuk mengundurkan diri daripada dunia hiburan.

Ainan Tasneem, Tasha Manshahar dan Najwa Latif membentuk trio tiga penyanyi wanita yang sangat terkenal dalam kalangan remaja suatu ketika dahulu.

BACA: Alami Masalah Kesihatan, Ji Suk Jin Berehat Seketika Dari Running Man 

Sumber: X/Ainan Tasneem

The post Ainan Tasneem Rancang Konsert Mini Dengan Tasha Manshahar, Peminat Minta Ajak Najwa Latif Sekali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*