Akaun Media Sosial Jocelyn Chia Digantung

akaun media sosial Jocelyn Chia

Akaun Media Sosial Jocelyn Chia Digantung

Akaun media sosial pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang melakukan lawak jenaka melampau dilaporkan telah digantung hasil kerjasama daripada netizen.

Berdasarkan tinjauan SK pada pagi ini, akaun Twitter milik pelawak itu yang menggunakan nama @chiacomedy telah digantung atau ‘suspended’.

Kredit Twitter

Akaun Instagram yang menggunakan nama sama turut dilihat telah digantung oleh media sosial tersebut.

Kredit Instagram

Perkara itu berlaku selepas persembahan lawaknya yang menyentuh isu sensitiviti rakyat Malaysia berkaitan tragedi MH370.

Tindakannya itu telah mengundang kontroversi dan kecaman warganet di seluruh platform media sosial.

Walau bagaimanapun, akaun TikTok yang menggunakan nama @jocelynchiacomedy masih aktif dan tidak dikenakan penggantungan dari media sosial tersebut.

Penggantungan akaun media sosial pelawak itu dipercayai berlaku selepas rakyat Malaysia bersatu padu melaporkan akaun media sosial pelawak tersebut sebagai sesuatu yang mengganggu.

Dalam pada itu, kerajaan Singapura pada hari ini menyatakan permohonan maaf mereka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Permohonan maaf itu dibuat ekoran tindakan melampau pelawak Jocelyn Chia yang berasal dari negara itu dalam satu video yang tular baru-baru ini.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata, beliau sangat terkejut atas lawak jenaka melampau yang dibuat Jocelyn semasa membuat pementasan komedi berdiri baru-baru ini.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain. Chia yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.

“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia,” kata Vanu Gopala dalam satu kenyataan.

Vanu Gopala berkata demikian bagi mengulas persembahan pelawak yang berasal dari Singapura itu.

Dalam kejadian itu, Jocelyn didapati telah menghina dan memperlekeh negara Malaysia menerusi persembahan komedi berdirinya.

Persembahan komedi berdiri pelawak itu juga turut disifatkan sebagai sangat melampau oleh netizen.

Guna tragedi MH370 sebagai bahan jenaka

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan turut menggunakan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai modal jenakanya sehingga menimbulkan kemarahan warganet.

Menerusi video tular berdurasi satu minit 29 saat yang dimuat naik di laman sosial TikTok. Pelawak itu menyifatkan pembangunan Malaysia sebagai jauh ketinggalan berbanding negara Singapura yang bergelar negara maju. Terutamanya selepas Singapura berpisah dengan Tanah Melayu 40 tahun lalu.

Sumber: Twitter, Instagram

The post Akaun Media Sosial Jocelyn Chia Digantung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*