Aksi Semakin Menarik, WWE & UFC Umum Sah Bergabung Bawah Satu Bumbung

WWE UFC bergabung

Aksi Semakin Menarik, WWE & UFC Umum Sah Bergabung Bawah Satu Bumbung

Rancangan hiburan gusti, World Wrestling Entertainment (WWE) dan seni bela diri Ultimate Fighting Championship (UFC) mengumumkan penggabungan di bawah satu perjanjian, lapor Variety.

Pengumuman itu dibuat menerusi syarikat pemilikan dua rancangan tersebut, TKO Group Holdings.

Jelas TKO, langkah tersebut bagi mengukuhkan lagi tapak kedua-dua rancangan itu yang mempunyai lebih daripada 1 bilion peminat di seluruh dunia.

Menjangkau penonton di 180 negara, rancangan itu turut membawa lebih daripada 350 siaran langsung setiap tahun.

Dalam pada itu, bekas CEO WWE, Vince McMahon dilantik menjadi Pengerusi Eksekutif TKO Group Holding. Beliau memiliki 16.4 peratus saham dan mempunyai 16.4 peratus kuasa mengundi dalam entiti baharu itu.

Difahamkan, saham TKO mula didagangkan pada hari ini di Bursa Saham New York dengan menggunakan simbol “TKO”.

WWE & UFC sah bergabung bawah satu bumbung

WWE UFC bergabung
Gambar: AMER HILABI/AFP

Syarikat sukan dan hiburan global, Endeavour turut memaklumkan perjanjian itu akan menghasilkan sinergi kadar kos operasi tahunan kira-kira RM233.8 sehingga RM467.7 juta.

“Endeavour yang memegang 51 peratus dalam syarikat WWE sedia memegang 49 peratus kepentingan penuh syarikat itu.

“Dengan pelancaran TKO, saham WWE ditutup meningkat pada 2.7 peratus semalam kepada $100.65 (RM470) per saham,” maklum WWE.

BACA JUGA: “Gelanggang Octagon Idea Dari Filem,” Ini 5 Fakta UFC Yang Anda Perlu Tahu

Di samping itu, WWE memaklumkan TKO akan memanfaatkan kepakaran Endeavour dalam pelbagai bidang.

“Ia termasuk hak media domestik dan antarabangsa, penjualan tiket dan hasil, gerak kerja acara, perkongsian global, pelesenan dan hospitaliti premium. Langkah ini bagi memacu pertumbuhan saham,” kata Syarikat itu lagi.

Era Baharu Dalam Bidang Sukan & Hiburan Global

Gambar: GIUSEPPE CACACE/AFP

Ketua Pegawai Eksekutif Endeavour Ariel Emanuel yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TKO, berkata gabungan UFC dan WWE  adalah permulaan baharu dalam bidang sukan dan hiburan global.

“Memandangkan bantuan berterusan daripada rangkaian Endeavour kepada TKO, kami yakin dengan keupayaan kami (Endeavour) dalam mempercepatkan pertumbuhan jangka masa panjang saham yang mapan.

“Dengan UFC dan WWE di bawah satu bumbung, kami akan memberikan pengalaman yang tiada bandingan kepada lebih daripada satu bilion peminat di seluruh dunia,” jelas Emanuel dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, pada 2022, TKO Group Holdings meraih $2.43 bilion (RM11.3) pendapatan. Dengan $1.14 bilion (RM5.3 bilion) daripada hasil pendapatan diperolehi menerusi UFC manakala WWE menyumbang $1.29 bilion (RM6.03 bilion).

Hasil pendapatan bersih yang diperolehi TKO adalah $351.8 juta (RM1.64 bilion) selepas pelarasan perakaunan.

Sumber: Variety

The post Aksi Semakin Menarik, WWE & UFC Umum Sah Bergabung Bawah Satu Bumbung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*