Amerika Tembak Jatuh Objek Tidak Dikenali Terbang Di Alaska

Amerika Tembak Objek Tidak Dikenali

Amerika Tembak Jatuh Objek Tidak Dikenali Terbang Di Alaska

Tentera Udara Amerika Syarikat dilapor menembak jatuh objek altitud tinggi tidak dikenali yang dikesan berada di langit Alaska, pada Jumaat.

Menurut BBC, Jurucakap White House, John Kirby berkata, objek berkenaan yang mempunyai saiz sebuah kereta ditembak kerana memberi ancaman serius kepada aktiviti penerbangan.

Beliau berkata, objek berkenaan dikesan berada pada ketinggian 40,000 kaki di utara Alaska. Objek itu pertama kali dikesan pada Khamis, bagaimanapun waktu spesifik tidak dinyatakan.

Pihaknya mengerahkan dua pesawat pejuang untuk memintas objek tersebut. Juruterbang mengesahkan tiada individu dikesan berada bersama objek tersebut. Maklumat berkenaan kemudian disampaikan kepada Presiden, Joe Biden sebelum keputusan untuk menembak dibuat.

Bagaimanapun, asal usul dan fungsi objek berkenaan tidak dapat dikenal pasti. Insiden ini merupakan insiden kali kedua Amerika menembak objek asing yang terbang di ruang udaranya.

Amerika tembak objek tidak dikenali

Minggu lepas, Amerika juga mengerahkan pesawat F-22 miliknya untuk menembak jatuh belon udara milik China yang didakwa sebagai alat pengintipan di South Carolina.

Kirby berkata, objek yang ditembak semalam jauh lebih kecil berbanding belon udara yang ditembak sebelum ini. Helikopter dan pesawat pengangkut tentera kemudian dikerah ke kawasan tersebut untuk mencari serpihan objek berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut.

Objek itu juga dikesan tidak mempunyai kebolehan menukar arah, seperti yang ditunjukkan oleh belon udara milik China sebelum ini.

Ditembak jatuh oleh pesawat F-22

”Kami tidak tahu siapakah pemiliknya. Sama ada objek itu milik sesebuah negara, milik syarikat swasta atau milik individu persendirian, kami tidak tahu.

”Walau apa pun, kami akan kekal mempertahankan keselamatan ruang udara kami. Presiden menegaskan bahawa tanggungjawabnya untuk melindungi kepentingan keselamatan negara ini adalah paling penting,” kata Kirby lagi.

Dalam pada itu, Setiusaha Akhbar Pentagon, Brigadier Jeneral Pat Ryder mengesahkan objek tersebut ditembak jatuh menggunakan misil sidewinder yang dibawa oleh pesawat F-22.

Pesawat berkenaan berlepas dari Markas Bersama Elmendorf-Richardson yang terletak di Anchorage.

Jen. Ryder juga berkata beberapa serpihan objek berkenaan yang signifikan sudahpun berjaya dipungut oleh pihak tentera dan kini dihantar ke makmal untuk tujuan analisis.

Setakat ini, pihak tentera belum dapat mengesahkan status objek berkenaan, atau sama ada ia juga merupakan peralatan pengintipan.

BACA: Tun Mahathir, 12 Ahli Umum Keluar PEJUANG

Sumber: BBC

The post Amerika Tembak Jatuh Objek Tidak Dikenali Terbang Di Alaska appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*