Anak Tak Putus-Putus Panggil ‘Daddy’ Semasa Pengebumian Wan Rezaudeen Kamal

Anak Tak Putus-Putus Panggil ‘Daddy’ Semasa Pengebumian Wan Rezaudeen Kamal

Panggilan ‘daddy’ tanpa henti yang diucapkan anak lelaki kepada Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin yang telah terkorban dalam tragedi helikopter terhempas baru-baru ini mengundang rasa sebak ketika majlis pengebumian.

Memetik laporan Astro Awani, linangan air mata telah mengiringi pemergian wira negara tersebut.

Isteri mangsa, Alia Amalina Mohd Nor dan anak lelaki mereka, Wan Alyan Riz sempat mencium keranda Wan Rezaudeen Kamal beberapa kali sebelum dikebumikan.

Lebih meruntun jiwa, anak Allahyarham yang hanya baru berusia dalam lingkungan empat tahun tidak putus-putus memanggil ‘daddy’ di majlis pengebumian terbabit.

Menyaksikan tindakan dan ekspresi wajah kanak-kanak itu, lebih 200 orang yang hadir dalam majlis itu turut berkongsi perasaan hiba yang serupa.

Majlis pengebumian Wan Rezaudeen Kamal telah dihadiri keluarga terdekat, sanak saudara, anggota tentera dan orang ramai.

BACA: Kerajaan Salur Bantuan Awal RM10,000 Kepada Waris Mangsa Nahas Helikopter TLDM

Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, pada pukul 10 malam tadi.

Turut hadir dalam majlis pengebumian wira negara tersebut adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain.

Allahyarham Wan Rezaudeen Kamal telah dikebumikan dengan penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi tentera.

Sebelum itu, jenazahnya telah dibawa dengan van jenazah milik tentera dari Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Ipoh.

Menurut Astro Awani, jenazah arwah dilaporkan tiba di Masjid Salahuddin Al-Ayubi Taman Melati, Batu Caves pada pukul 8.17 malam.

Kemudian, jenazah telah disolatkan di masjid berkenaan sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Sementara itu, sepupu Allahyarham, Siti Arbaiyah Bahudin (43) berkata arwah merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik.

“Itu yang menjadi harapan keluarga dan disebabkan itu keluarga masih sukar menerima kejadian yang berlaku ke atasnya,” katanya.

Sepupunya turut menambah, Allahyarham Wan Rezaudeen Kamal memiliki hasrat untuk bersara awal kerana ingin menjaga anaknya.

“Arwah seorang yang pendiam, tapi periang dan komited dengan tugas sebagai pegawai tentera,” kata sepupunya.

BACA: Nahas Helikopter TLDM: Muhammad Faisol Minta Bergambar Buat Kali Terakhir – Kakak

Sumber: Astro Awani

The post Anak Tak Putus-Putus Panggil ‘Daddy’ Semasa Pengebumian Wan Rezaudeen Kamal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*