Angkasawan Kongsi Pemandangan Malam Masjidil Haram Berkilau Dari Angkasa

pemandangan masjidil haram dari angkasa

Angkasawan Kongsi Pemandangan Malam Masjidil Haram Berkilau Dari Angkasa

Angkasawan wanita pertama Arab Saudi Rayyanah Barnawi yang kini dalam misi angkasa lepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berkongsi pemandangan menakjubkan di bumi Makkah, Arab Saudi.

Lapor Geo Tv, perkongsian video itu dibuat di laman Twitter miliknya, yang menunjukkan pemandangan malam Makkah dengan pencahayaan terang Masjidil Haram.

Masjidil Haram yang berkilau itu boleh dilihat secara terus dari angkasa disebabkan pencahayaannya.

Dalam rakaman videonya yang berbatu-batu dari Bumi, Masjidil Haram dilihat bersinar terang dengan penampilan struktur geografi bandar itu yang menyerupai rangkaian urat.

Kredit: @Astro_Rayyanah/Twitter

Ia juga bergemerlapan semasa ditangkap dari angkasa walaupun dari jarak jauh.

“Selepas saya menyelesaikan eksperimen saya untuk hari ini, kami kebetulan melalui Makkah Al-Mukarramah.

“Cahaya di atas cahaya,” katanya menerusi tweet tersebut.

Dalam masa yang sama, Barnawi turut menzahirkan keterujaan dengan mengatakan bahawa seluruh Makkah itu sedang bersinar.

Kredit: @Astro_Rayyanah/Twitter

“Lihat, saya cuba tunjukkan kepada anda. Di sana anda boleh melihat Makkah.

“Inilah Masjidil Haram. Lihatlah betapa terangnya Makkah. Kami sudah pun melepasi Madinah. Segala puji bagi Allah,” ujarnya sambil zum kamera ke arah titik berkelip dari angkasa.

BACA: Rupanya Tiada Pesawat Yang Melintasi Ruang Udara Kaabah Dan Kota Suci Makkah, Ini 3 Alasannya

Krew Axiom Mission 2 (Ax-2) memulakan perjalanan mereka menaiki roket SpaceX Falcon 9, yang berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral awal bulan ini.

Di samping Barnawi dan Al-Qarni, ia juga melibatkan anak kapal termasuk Peggy Whitson, bekas angkasawan NASA yang membuat penerbangan keempatnya ke ISS dan John Shoffner, ahli perniagaan dari Tennessee berkhidmat sebagai juruterbang.

Semasa sidang akhbar, Barnawi melahirkan rasa gembira dan penghormatannya sebagai angkasawan wanita Saudi pertama.

Dia bercakap tentang keterujaannya mengenai penyelidikan yang akan dijalankan di angkasa.

Selain itu, dia juga ingin berkongsi penyelidikan itu serta pengalamannya kepada kanak-kanak.

Barnawi turut berharap agar dirinya dapat memberi inspirasi kepada wanita dari semua latar belakang di Timur Tengah, memetik BBC.

“Kepada orang di seluruh dunia, masa depan adalah sangat cerah.

“Saya mahu anda untuk bermimpi besar, percaya pada diri sendiri dan percaya kepada kemanusiaan,” katanya sebelum bergerak ke ISS.

Saksikan video penuh di Twitter Barnawi di sini.

 

Sumber: Geo TV, BBC

The post Angkasawan Kongsi Pemandangan Malam Masjidil Haram Berkilau Dari Angkasa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*