Atuk Umur 119 Tahun Nekad Jual Sawah Dan Lembu, Gembira Terpilih Jadi Tetamu Allah

umur 119 tahun jual sawah dan lembu

Atuk Umur 119 Tahun Nekad Jual Sawah Dan Lembu, Gembira Terpilih Jadi Tetamu Allah

Salah seorang calon jemaah haji tertua di Indonesia yang berusia 119 tahun dilaporkan nekad menjual tanah dan haiwan ternakannya demi menunaikan rukum Islam kelima.

Memetik Detik.com, jemaah yang bernama Harun bin Senar itu kelihatan gembira ketika ditemui oleh wartawan. Tubuhnya juga dikatakan berada dalam keadaan sihat walaupun sudah berusia lebih daripada satu abad.

Dengan ramahnya, dia menceritakan berkenaan perjuangannya demi menjadi tetamu Allah S.W.T.

Menurut Harun, ini merupakan kali pertama dia diberikan peluang untuk menunaikan Haji. Ceritanya, beliau mula mendaftar pada 2017 lalu dan telah memasuki senarai nama bagi kategori keutamaan senior.

Demi mendaftar haji dan menjadi tetamu Allah, Harun telah menjual tanah dan dua ekor lembu miliknya.

“Umur sudah 119 tahun, sudah enam tahun daftar haji. Tak pernah naik haji sebelum ini. Duit hasil daripada jual tanah dan jual lembu,” kata Harun kepada DetikJatim pada Khamis lalu.

Harun masih kuat dan mampu berjalan sendirian

Walaupun sudah berusia 119 tahun, Harun masih mampu berjalan sendirian tanpa bantuan orang lain. Kehidupan hariannya kini tertumpu pada ibadah dan menjual ayam.

“Ia berita yang baik, Alhamdulillah. Setiap hari saya hanya menjual ayam. Kalau dulu saya sempat bercucuk tanam,” katanya.

Tambah anak ketiga daripada tujuh beradik ini lagi, ketika menunaikan ibadah haji di Mekah nanti, beliau tidak berhasrat untuk menggunakan kerusi roda. Namun dia hanya mahu berjalan selagi tubuh badannya mampu dan kuat.

Selain itu, Harun turut mendedahkan bahawa tiada sebarang persiapan khusus dibuatnya untuk menunaikan haji tersebut.

Semasa pemeriksaan perubatan dilakukan, warga emas kelahiran tahun 1904 ini telah diisytiharkan sebagai seorang yang sihat. Malah, beliau juga tidak menghidap sebarang penyakit yang serius.

“Badan saya sihat, hanya sakit kerana usia tua. Tiada pantang larang soal makanan,” katanya lagi.

Sementara itu, Harun turut sempat berkongsi tips agar umur panjang seperti dirinya.

Menurutnya, pengambilan sayur-sayuran dan makanan sihat merupakan perkara paling penting.

Bagi menunaikan ibadah haji pada kali ini, Harun dipercayai bakal ditemani oleh anak saudaranya yang bernama Mudi.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

“Pergi haji dengan anak saudara. Jiran pun ada. Kalau sampai Mekah niatnya hanya mahu beribadah,”jelas Harun.

Penduduk Daerah Proppe, Bangkalan ini kini tinggal bersendirian selepas kematian isterinya. Harun pernah berkahwin sebanyak lima kali namun kesemua isterinya telah meninggal dunia.

“Saya anak ketiga daripada tujuh beradik. Semua adik beradik sudah meninggal. Isteri juga sudah meninggal. Ada anak enam orang dan 28 cucu,” akhiri Harun.

Sumber: Detik.com

The post Atuk Umur 119 Tahun Nekad Jual Sawah Dan Lembu, Gembira Terpilih Jadi Tetamu Allah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*