Audio Ujian Mendengar SPM Bukan Suara Tiktokers – KPM

ujian mendengar spm tiktokers

Audio Ujian Mendengar SPM Bukan Suara Tiktokers – KPM

Lembaga Peperiksaan (LP) mengesahkan pihaknya menafikan penggunaan TikTokers sebagai pelontar suara audio UMBI SPM 2022.

LP dalam kenyataan sebaliknya memaklumkan, pelontar suara yang digunakan dalam membina item atau instrumen UMBI SPM 2022 terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti.

“Pelontar suara merupakan mereka yang berwibawa dalam berbahasa Inggeris.

“Mereka yang terlibat juga telah diberikan latihan sebelum proses pembinaan item atau instrumen UMBI SPM 2022,” memetik kenyataan itu.

Dalam pada itu, LP turut menegaskan penggunaan bahan audio dan kertas soalan UMBI SPM 2022 dibuat berdasarkan empat pertimbangan.

Difahamkan, format soalan UMBI SPM adalah dalam pelbagai bentuk, iaitu objektif aneka pilihan, objek pelbagai bentuk dan subjektif respon terhad.

“UMBI 2022 memerlukan calon mendengar, menganalisis konteks situasi dan memahami maksud keseluruhan bahan audio yang dimainkan.

“LP juga memastikan item atau instrumen yang dibina mencapai tahap kebolehtadbiran, keesahan, kebolehpercayaan dan kewibaan,” tambah kenyataan itu.

BACA: Sijil Akademik Hilang Atau Rosak, Ini Cara Nak Mohon Salinan Dari Lembaga Peperiksaan

Menurut LP tahap tersebut diberikan perhatian agar item atau instrumen berkenaan adalah adil dan saksama kepada calon.

Kenyataan itu juga menyebut, kadar kelajuan pertuturan pelontar suara bagi item atau instrumen adalah berdasarkan aras kompetensi Common European Framework of References for Languages (CEFR).

Ia berdasarkan kadar kelajuan pertuturan yang tipikal dan standard perbualan.

“Di samping itu, aspek auntentik pada penutur juga dititik beratkan dalam pembinaan item atau atau instrumen UMBI SPM 2022 bagi mewujudkan konteks sebenar komunikasi.

“Praujian juga telah diadakan dan melibatkan murid sekolah di pelbagai lokasi sama ada bandar dan luar bandar bagi menentu sahkan item atau instrumen adalah sesuai dan mencapai tahap kualiti yang ditetapkan,” ujar LP.

Kata LP, pihaknya akan memastikan kepentingan serta keadilan kepada calon yang menduduki peperiksaan SPM 2022 adalah terjamin.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai audio ujian mendengar SPM 2022 yang berlangsung pada 16 Februari apabila sesetengah netizen mempersoal mengenai pelontar suara yang didakwa merupakan suara Tiktokers.

Difahamkan segelintir calon SPM mendakwa mereka mengalami masalah ketika ujian tersebut kerana audio individu terbabit tidak jelas.

Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

The post Audio Ujian Mendengar SPM Bukan Suara Tiktokers – KPM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*