Aura SBNJ Ditagih Benam Kyrgyzstan – Shahrul Saad 

sbnj Kyrgyzstan Shahrul

Aura SBNJ Ditagih Benam Kyrgyzstan – Shahrul Saad 

Kelebihan bermain di laman sendiri menjadi sandaran skuad Harimau Malaya bagi mengetepikan cabaran Kyrgyzstan pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Khamis ini, lapor Sinar Harian.

Menurut pemain pertahanan negara dan Johor Darul Ta’zim (JDT) Shahrul Saad, meskipun pasukan lawan yang berada di rangking ke-97 dunia, dia percaya pasukan negara mampu menundukkan mereka.

Gambar: FAM

“Kita bermain di tempat sendiri dan saya rasa kita boleh menggunakan kelebihan yang ada untuk mendapatkan kemenangan.

“Sejak hari pertama (di kem latihan pusat), kita dah tengok game pasukan Kyrgyzstan. Kita dah tahu pemain yang mereka ada dan saya harap kita mampu lakukan sesuatu dalam perlawanan akan datang ini,” ujarnya sewaktu menjalani latihan bersama skuad negara.

BACA JUGA: Kenapa Penjaga Gol Minum Air Lepas Gol Dibolosi? Ini Sebabnya

Dalam kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027  itu, Harimau Malaya bakal melayani kunjungan Kyrgyzstan bagi aksi pertama Kumpulan D di SBNJ pada 16 November.

Kemudian, skuad negara bakal berlepas ke Taipe City bagi menempuh perlawanan kedua bertemu Taiwan pada 21 November.

Gambar: FAM

Kata tonggak pertahanan JDT itu lagi, dia terpaksa disisihkan dalam tempoh yang lama daripada senarai pasukan akibat kecederaan dialami sejak tahun lalu.

Kini, anak jati negeri Perak itu mahu menambat kembali hati jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon setelah diberikan kepercayaan.

Katanya, jika diturunkan oleh Pan-gon dia berjanji akan membalas kepercayaan tersebut dengan menampilkan persembahan terbaik dan berazam untuk kembali mendapatkan minit permainan.

BACA JUGA: Ada 11 Tahap, Ini Rupanya Cara Buat Bola Tenis

“Sebagai pemain, mestilah saya nak dapatkan kembali minit permainan pada tahun ini dan saya menantikan peluang bersama pasukan kebangsaan.

“Saya sangat berharap dapat bermain dalam kem kali ini dan Insya-ALLAH jika diberikan peluang, sudah tentu saya akan beri yang terbaik untuk pasukan Malaysia,” maklumnya.

Sumber: Sinar Harian

The post Aura SBNJ Ditagih Benam Kyrgyzstan – Shahrul Saad  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*