AWS Umum Bakal Labur RM25.5 Bilion Di Malaysia

AWS labur RM25.5 bilion

AWS Umum Bakal Labur RM25.5 Bilion Di Malaysia

Amazon Web Services (AWS) dilaporkan akan membuat pelaburan berjumlah RM25.5 bilion sehingga tahun 2037 bagi melebarkan sayap infrstruktur di negara ini.

Memetik Astro Awani, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa langkah itu merupakan satu pelaburan yang besar buat negara.

Ia juga merupakan bukti bahawa syarikat berkenaan mempunyai komited dalam pelaburan teknologi antarabangsa.

Pelaburan besar itu sekali gus mampu membawa kepada peningkatan tranformasi platform digital di dalam negara ini.

AWS labur RM25.5 bilion

Ini seterusnya akan membawa kepada inovasi dan pelaburan yang lebih besar di Malaysia. Lalu mendorong negara untuk benar-benar menjadi pusat data Asia Tenggara dan hab digital untuk rantau ini.

Baca; Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Selain itu, dengan membawa akses kepada infrastruktur AWS yang bertaraf dunia, teknologi termaju dan program kemahiran digital termaju ke Malaysia. Ia juga kan membuka peluang untuk perniagaan tempatan membina dan berkembang di peringkat global. 

“Langkah ini juga memupuk tenaga kerja yang didayakan secara digital, merangsang penciptaan pekerjaan dan menyampaikan pertumbuhan ekonomi jangka panjang,” katanya.

Anwar berkata demikian menerusi ucapan rakaman videonya sewaktu majlis Kemas Kini Utama Perniagaan: AWS Malaysia di Petaling Jaya pada hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli serta Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Selain itu, Anwar turut menyatakan bahawa pelaburan AWS ini juga selari dengan wawasan Malaysia Madani, iaitu berhubung ekonomi berkemahiran tinggi, inovatif, inklusif dan mampan. Di mana kekayaan ini dikongsi dengan lebih saksama.

Dalam masa yang sama, beliau turut menjadikan Petronas sebagai contoh kepada syarikat terbaik yang membawa kepada perubahan pantas terhadap transformasi digital.

“Hari ini, kita melihat sejumlah besar syarikat Malaysia daripada syarikat permulaan kepada perusahaan telah ubah perkhidmatan dan proses mereka.

“Mereka telah menghasilkan inovasi yang lebih besar, pemprosesan data yang lebih selamat dan kos operasi yang lebih rendah dengan Penyedia Perkhidmatan Awan seperti AWS,” katanya lagi. 

Justeru, bagi merealisasikan matlamat itu, beliau berkata ia perlu untuk bergerak melangkaui komoditi dan pembuatan konvensional kepada ekonomi nilai tambah tinggi abad ke-21. Ekonomi yang mampu memanfaatkan teknologi digital termaju, kreativiti dan inovasi.

Sumber: Astro Awani

The post AWS Umum Bakal Labur RM25.5 Bilion Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*