Bahang Sambutan Kian Terasa, Pengunjung Dah Mula Penuhi Dataran Putrajaya Malam Ini

sambutan dataran putrajaya

Bahang Sambutan Kian Terasa, Pengunjung Dah Mula Penuhi Dataran Putrajaya Malam Ini

Menjelang Sambutan Kemerdekaan yang ke-66 di Dataran Putrajaya pada awal pagi esok, orang ramai dipercayai sudah mula memenuhi kawasan tersebut malam ini.

Menerusi siaran langsung di Live di akaun TikTok @unitdramatvrtm memaparkan orang ramai mula memenuhi ruangan tempat duduk yang disediakan.

Meskipun acara tersebut bakal bermula pada esok, orang ramai nampaknya tidak mahu melepaskan peluang menjadi terawal berada di situ.

Hasil tinjauan yang dibuat oleh @unitdramatvrtm memaparkan suasana dan kehadiran pengunjung berada dalam keadaan aman dan terkawal.

Sementara itu, dalam perkongsian warganet di Facebook turut berkongsi keadaan di situ yang memaparkan orang ramai sudah memenuhi tempat duduk.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil turut menasihatkan orang ramai untuk datang awal ke Dataran Putrajaya bagi mengelakkan kesesakan, lapor Bernama.

“Saya harap orang ramai datang pada 31 Ogos ini dan kalau boleh datang awal selepas Subuh… kalau nak solat Subuh dahulu pun kita ada masjid di Putrajaya dan kemudian mereka boleh segera datang ke Dataran Putrajaya.

“Insya-Allah kita sudah sediakan ruang secukupnya yang kita jangka mungkin boleh capai hampir 100,000 pengunjung dan ada juga juadah yang disediakan di kawasan sekitar yang kita buat ala-ala karnival.

“Jadi kita sama-sama saksikan acara perbarisan sempena Hari Kebangsaan yang cukup gilang-gemilang pada hari tersebut… kalau tidak dapat hadir, tonton sahaja di televisyen,” katanya.

Tambahnya, orang ramai juga boleh menggunakan pengangkutan awam yang disediakan selain menggunakan kenderaan sendiri.

Maklumat lanjut mengenai pengangkutan awam ke Dataran Putrajaya pada hari berkenaan boleh diperoleh menerusi laman web merdeka360.my.

BACA JUGA: Tak Pernah Dijajah, Ini 7 Negara Yang Tak Pernah Sambut Hari Kemerdekaan

Terdahulu, acara payung terjun yang menghiasi ruang udara Putrajaya menjadi antara daya tarikan bakal memukau hadirin pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 esok.

Difahamkan, aksi payung terjun itu akan dipersembahkan oleh anggota Komando VAT69 Polis Diraja Malaysia.

“Istimewanya sambutan pada kali ini selain persembahan udara, kita juga ada persembahan payung terjun yang akan dijayakan anggota Komando VAT69.

“Tahun ini juga kita minta Kementerian Perpaduan Negara untuk usahakan satu slot khas yang menonjolkan aspek perpaduan dalam kalangan rakyat bagi menjunjung titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang menegaskan bahawa kita perlu pupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat… saya harap (acara) ini akan menonjolkan sedikit kelainan,” kata Fahmi lagi.

Sumber: TikTok@unitdramatvrtm, Fb Tular

The post Bahang Sambutan Kian Terasa, Pengunjung Dah Mula Penuhi Dataran Putrajaya Malam Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*