Banduan Derma Gaji Kepada Penduduk Palestin

banduan derma palestin

Banduan Derma Gaji Kepada Penduduk Palestin

WASHINGTON — Seorang banduan yang dipenjarakan di Amerika Syarikat (AS) berhati mulia dengan mendermakan gajinya ketika bekerja dalam penjara bagi membantu penduduk Palestin, lapor The Guardian.

Justin Mashouf, seorang pembuat filem telah berhubung dengan banduan berusia 56 itu mendedahkan dia memperoleh AS$13 sen (kira-kira RM0.61 sen) sejam di penjara California dengan melakukan kerja-kerja pembersihan dan porter.

Difahamkan, lelaki terbabit telah melakukan pekerjaan itu selama 21 hari bersamaan 136.50 jam. Perkara ini turut dimaklumkan oleh Mashouf  dalam hantarannya di platform X.

Berdasarkan cek pada Oktober lalu, sebanyak AS$17.74 (kira-kira RM83.42) telah disumbangkannya dengan tulisan yang tertera ‘”Jabatan Pembetulan dan Pemulihan California”.

BACA: Ketahui Ciri-ciri Logo Halal Malaysia Yang Ada Pada Setiap Produk

“Seorang saudara lelaki yang dipenjarakan menderma $17.74 sebagai usaha membantu di Gaza. Sumbangan itu adalah hasil kerjanya selama 136 jam di penjara sebagai kuli.

“Semoga sumbangan ikhlasnya dilipatgandakan oleh Tuhan,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Hantaran Mashouf mengenai sumbangan banduan berkenaan kemudiannya tular di media sosial dengan lebih daripada 24,000 suka dan lebih 8,200 tweet semula.

Dalam pada itu, pembuat filem tersebut turut menubuhkan kempen GoFundMe bagi membantu banduan berkenaan dan berjaya mengumpulkan sebanyak $102,187 (sekitar RM480,840) bagi kegunaan sewa, utiliti, pakaian, pencarian kerja, latihan dan perkhidmatan telefon bimbit.

BACA JUGA: Sebahagian LTU Seskyen 5A: Raub ByPass Dibuka 12.01 Tengah Malam Ini

Susulan itu, Mashouf dalam satu hantaran telah mengumumkan bahawa kempen itu telah ditutup selepas berjaya mengumpul dana.

“Dari hati saya, saya berterima kasih kepada anda semua kerana bermurah hati dan kebaikan anda (penderma) dalam menyumbangkan dana ini untuk membantu saya selepas saya dibebaskan dari penjara,” luah banduan tersebut maklum Mashouf.

Menurut rekod undang-undang yang dilaporkan Washington Post, lelaki berkenaan telah disabitkan dengan satu pertuduhan pembunuhan pada 1986 dan dijatuhi hukuman 15 tahun seumur hidup.

Banduan mengaku bersalah sejak masih remaja dan dia dijangka dibebaskan pada hujung Mac ini.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: The Guardian 

The post Banduan Derma Gaji Kepada Penduduk Palestin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*