Banjir: Satu Lagi PPS Dibuka Di Kedah Dan Perlis, Jumlah Mangsa Di Sabah Kekal

banjir pps kedah perlis

Banjir: Satu Lagi PPS Dibuka Di Kedah Dan Perlis, Jumlah Mangsa Di Sabah Kekal

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) — Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Perlis mencatatkan peningkatan manakala di Sabah kekal setakat 8 malam ini.

Di Kedah, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 177 orang daripada 51 keluarga berbanding 123 orang daripada 36 keluarga tengah hari tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata satu lagi PPS baharu dibuka di daerah Kubang Pasu.

“PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang, Changlun yang dibuka pada 2.30 petang tadi menempatkan 27 orang daripada lapan keluarga manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun yang dibuka semalam menempatkan 150 orang daripada 43 keluarga.

“Kesemua mangsa yang ditempatkan di dua PPS ini adalah dari Mukim Temin yang melibatkan Kampung Nangmah, Kampung Paya Nong Mi, Kampung Paya Lantau, Kampung Beru, Kampung Kubang Kayu dan Kampung Bendang Tok Leh,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

BACA JUGA: Satu PPS Dibuka Di Daerah Kubang Pasu 

Muhammad Suhaimi berkata hujan sudah berhenti sejak petang tadi dan keadaan cuaca buat masa ini masih mendung.

Perlis turut menyaksikan satu lagi PPS dibuka di Dewan Sekolah Kebangsaan Arau susulan pertambahan kawasan dinaiki air di sekitar Arau.

Pengarah APM Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata PPS itu yang dibuka pada 5 petang ini menempatkan 18 orang daripada empat keluarga dari sekitar Arau.

Semalam, sebuah PPS dibuka di Masjid al-Imran, Ulu Pauh namun kesemua 24 mangsa daripada lapan keluarga memilih untuk berada di rumah masing-masing.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir membabitkan daerah Beaufort kekal 134 orang daripada 46 keluarga setakat 8 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Selagon yang dibuka sejak Ahad lepas susulan banjir berikutan hujan lebat berterusan.

“Kesemua mangsa adalah dari lima kampung di Beaufort yang terjejas akibat banjir,” menurut kenyataan itu yang turut memaklumkan pemantauan masih lagi diteruskan di lokasi panas daerah berkenaan.

Sumber: BERNAMA

The post Banjir: Satu Lagi PPS Dibuka Di Kedah Dan Perlis, Jumlah Mangsa Di Sabah Kekal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*