Bapa Gantung Kain Rentang “Terima Kasih Penjarakan Anak Saya”

bapa gantung kain rentang terima kasih penjarakan anak-anak lelaki saya

Bapa Gantung Kain Rentang “Terima Kasih Penjarakan Anak Saya”

Seorang bapa di Thailand menggantung kain rentang yang tertera ucapan terima kasih selepas Mahkamah Udon Thani menjatuhkan hukuman penjara kepada anaknya.

Difahamkan Ouai Kapradit, 80, berdepan detik hitam apabila nyaris dibunuh anak sendiri hanya kerana semata-mata berebut tanah.

Akibat tindakan tersebut, anaknya kini terpaksa meringkuk di dalam penjara selepas dijatuhi hukuman penjara selama 33 tahun.

“Terima kasih kepada Polis Nong Han dan pendakwaraya di Mahkamah Udon Thani kerana menjatuhkan hukuman penjara selama 33 tahun ke atas anak-anak lelaki saya. Mereka mendapat balasan segera, tidak perlu tunggu kehidupan seterusnya,” kata lelaki tersebut.

Selain tanda terima kasih, kain rentang tersebut yang digantung di depan rumahnya juga kerana mahu berkongsi berita tersebut dengan jiran-jiran setempat.

Dia kemudian turut menggantung kain rentang tersebut pada pikap dan memandu di sekitar kawasan tempat tinggalnya.

Memetik laporan KhaoSod hari ini, Ouai berkata kedua-dua anak lelakinya cuba untuk membunuhnya kerana dia enggan memberikan plot tanah yang diingini mereka, bersaiz kira-kira 32,000 meter persegi.

Percubaan untuk membunuh bapa tersebut

Menurut Preeda, anak Ouai, kejadian berkenaan berlaku pada 8 September tahun lepas. Kedua-dua saudaranya ketika itu mengugut mahu membunuh bapa mereka, namun ketika itu mereka tidak menghiraukan ugutan tersebut.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek hadir semula ke rumah bapa mereka keesokkan harinya. Pada hari berkenaan, mereka bertindak menyerang Ouai menggunakan lastik.

Tindakan menjadi semakin ganas apabila mereka mula menyerang bapa sendiri menggunakan kapak. Preeda berkata, dia turut mengalami kecederaan ketika cuba mempertahankan bapanya.

Susulan itu, Ouai kemudian telah membuat laporan mengenai cubaan membunuh yang dilakukan oleh kedua-dua anaknya sendiri di Balai Polus Nong Harn. Pada 23 Februari lepas, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara kepada kedua-keduanya.

Walaupun gembira kedua-dua suspek didapati bersalah, Ouai mengakui dia masih gusar memikirkan tindakan menantu anaknya yang didakwa cuba merampas hartanya.

Kisah berlainan dari isteri suspek dan saudara mara

Dalam pada itu, isteri kepada anaknya yang didapati bersalah menafikan tuduhan bahawa suami mereka cuba membunuh Ouai.

Ketika ditemu bual oleh wartawan, mereka menegaskan tuduhan yang dibuat Ouai terhadap mereka sekeluarga adalah tidak benar.

Salah seorang saudara rapat turut memaklumkan kepada media bahawa semua ahli keluarga dan jiran tetangga tahu kebenaran disebalik dakwaan yang dibuat Ouai.

Mereka mendakwa, suspek merupakan seorang lelaki dan anak yang baik. Malah, mereka juga amat mengambil berat mengenai Ouai dan sering menghulurkan wang kepadanya.

Salah seorang suspek pernah memberikan Ouai wang sebanyak RM 7,734, namun wang berkenaan dihabiskan Ouai untuk berhibur. Hubungan mereka mula retak apabila Ouai tidak dapat menerima teguran yang dibuat oleh suspek supaya berjimat-cermat.

Manakala pergaduhan yang didakwa berlaku oleh Preeda pula, ia berpunda daripada tindakannya yang menghalang kedua-dua tertuduh melawat ibu sendiri. Difahamkan ibu mereka sedang sakit dan hanya terbaring di atas katil ketika ini.

BACA: 18 Sungai Lepasi Paras Bahaya Di Johor

Sumber: Thaiger

 

The post Bapa Gantung Kain Rentang “Terima Kasih Penjarakan Anak Saya” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*