BCL Sah Bernikah Kali Kedua Dengan Tiko Aryawardhana

BCL Sah Bernikah Kali Kedua Dengan Tiko Aryawardhana

BCL Sah Bernikah Kali Kedua Dengan Tiko Aryawardhana

Penyanyi asal Indonesia, Bunga Cinta Lestari (BCL) dilapor selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang pekerja bank, Tiko Aryawardhana, petang ini.

Menurut Liputan6.com, pasangan tersebut telah melangsungkan pernikahan mereka di Amankila, sebuah hotel dan resort mewah yang terletak di Bali.

Detik-detik hari bahagia kedua-dua pasangan itu turut dikongsikan ke media sosial oleh para peminat penyanyi tersebut.

Difahamkankan, rakaman yang tular dipercayai datang dari salah seorang sahabat BCL dan Tiko Aryawardhana yang menjadi tetamu dalam majlis tersebut.

Majlis tersebut dipercayai turut dihadiri beberapa artis terkenal yang menjadi kenalan BCL antaranya Luna Maya dan Maia Estianty.

Menerusi hantaran berkenaan, penyanyi lagu ’12 Tahun Terindah’ itu kelihatan anggun ketika berjalan menuju ke meja akad nikah.

Ketika itu, suara sorakan dan perasaan teruja daripada para hadirin, khususnya rakan-rakan dapat didengari dalam video berkenaan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BCL & TIKO ARYAWARDHANA (@bcltiko)

Dalam hantaran yang berbeza pula memperlihatkan BCL dan Tiko sedang disatukan dalam satu majlis akad nikah.

Malah, beberapa keping gambar yang dimana kedua-dua pasangan mempelai sedang menunjukkan jari masing-masing yang bersarung cincin turut menjadi tular.

Untuk makluman, BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon asal Malaysia, Ashraf Sinclair pada 2008.

Bagaimanapun, Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat sakit jantung dan menghembuskan nafas terkahir pada 18 Februari 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah Sinclair.

BACA: Usia Kehamilan Lebih Awal Dari Tarikh Nikah? Kemungkinan Bunting Pelamin, Ini Maksudnya

Sumber: Liputan6.com

The post BCL Sah Bernikah Kali Kedua Dengan Tiko Aryawardhana appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*