Belanjawan 2024: Penjawat Awam Kedah Terima RM2,000 Bantuan Khas Kewangan

penjawat awam kedah

Belanjawan 2024: Penjawat Awam Kedah Terima RM2,000 Bantuan Khas Kewangan

ALOR SETAR, 26 Nov (Bernama) — Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada kira-kira 5,600 penjawat awam negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2024 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

“Kerajaan negeri menghargai pengorbanan dan sumbangan kakitangan awam negeri. Sejumlah  RM2,000 telah dipersetujui untuk diberi sebagai bantuan khas kewangan kepada kakitangan awam negeri dan anggota pentadbiran negeri melibatkan peruntukan RM10.8 juta.

“Pembayaran bagi bantuan khas kewangan ini akan dibuat sebahagiannya pada Disember 2023 dan bakinya pada Mac 2024,” katanya.

Selain itu, katanya bantuan khas one-off (sekali bayar) juga akan diberikan kepada imam lantikan negeri, Pengerusi Majlis Ketua Kampung dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) pada Mac 2024 sebagai bantuan hari raya.

“Kadar bantuan khas one-off ini akan ditentukan kelak,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Penjawat Awam Johor Terima Bantuan Khas Kewangan Dua Bulan Gaji 

The post Belanjawan 2024: Penjawat Awam Kedah Terima RM2,000 Bantuan Khas Kewangan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*