Berang Ditegur Baca Doa Buka Puasa Laju, Anak Pukul Bapa Dengan Kerusi

bapa dipukul bacaan doa laju

Berang Ditegur Baca Doa Buka Puasa Laju, Anak Pukul Bapa Dengan Kerusi

Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa memukul bapanya menggunakan kerusi ketika berbuka puasa di sebuah rumah berdekatan Kajang pada Jumaat, semalam.

Lelaki yang berusia 34 tahun itu didakwa naik angin selepas menerima teguran daripada mangsa berkenaan bacaan doa sewaktu berbuka puasa.

Difahamkan, mangsa sebelum itu menegus suspek kerana membaca doa berbuka puasa yang dikatakan agak laju.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, mangsa berumur 63 tahun itu telah membuat laporan polis kira-kira jam 7.45 malam.

“Siasatan mendapati suspek tidak berpuas hati selepas ditegur bapanya kerana membaca doa makan dengan laju sebelum bertindak menghayunkan kerusi ke kepala mangsa sehingga patah kaki kerusi.

“Bagaimanapun kejadian dileraikan salah seorang anak mangsa sebelum menghubungi pihak polis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Susulan laporan tersebut, pihak polis terus bertindak dan suspek berkenaan telah berjaya ditahan, tidak lama selepas kejadian itu.

Tambah Zaid, mangsa tersebut telah mendapat kecederaan ringan pada beberapa anggota badannya. Pihak polis turut merampas kerusi yang digunakan dalam kejadian tersebut untuk membantu siasatan.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi dan tangan.

“Selain itu, kerusi meja makan yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa turut dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.

Bukan itu sahaja, suspek berkenaan kini direman pihak polis selama tiga hari bagi menjalani siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan / 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017,” ujarnya.

BACA: Penemuan Puluhan Bangkai Kucing: Persatuan Haiwan Malaysia Gesa Veterinar Buat Siasatan

Sumber: Astro Awani

The post Berang Ditegur Baca Doa Buka Puasa Laju, Anak Pukul Bapa Dengan Kerusi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*