Berat Dan Berkelajuan Cuma 50km/j, Ini Apa Yang Ada Dalam Kereta Api Kim Jong Un

Kereta api Kim Jong Un

Berat Dan Berkelajuan Cuma 50km/j, Ini Apa Yang Ada Dalam Kereta Api Kim Jong Un

Perjalanan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un ke bandar pelabuhan Rusia Vladivostok menggunakan kereta api kalis peluru untuk bertemu Presiden Vladimir Putin berjaya mencuri tumpuan dunia.

Memetik BBC, perjalanan itu selaras dengan tradisi lama di kalangan pemimpin Korea Utara di mana Kim dijangka akan menghabiskan lebih 20 jam perjalanan sejauh 1,180 km itu.

Kereta api berperisai Kim dikatakan memiliki restoran yang menyajikan wain dan hidangan Perancis yang lazat seperti ‘lobster’ segar.

Kereta api itu difahamkan hanya bergerak pada kelajuan kira-kira 50km/j kerana kelengkapan berperisai yang terdapat padanya.

Sebagai perbandingan, kereta api berkelajuan tinggi London berjalan pada kira-kira 200km/j manakala kereta api peluru Shinkansen Jepun boleh mencecah 320km/j.

Perjalanan yang jauh juga mengambil kira rangkaian kereta api Korea Utara yang dilihat sebagai pengangkutan yang kelihatan kuno.

Kereta api itu telah dinamakan sebagai nama Taeyangho yang bermaksud matahari dalam bahasa Korea. Rujukan simbolik itu juga dibuat berdasarkan simbolik kepada pengasas Korea Utara Kim Il Sung.

Tradisi perjalanan jarak jauh melalui kereta api dimulakan oleh Kim Il Sung. Datuk kepada Kim Jong Un itu telah menaiki kereta api ketika dalam perjalanan ke Vietnam dan Eropah Timur.

Selain itu, kereta api mewah ini dikatakan dikawal ketat oleh ejen keselamatan yang mengimbas laluan stesen di hadapan untuk mengesan bom serta ancaman.

Kim Jong Il, bapa kepada Kim Jong Un telah memerintah Korea Utara dari 1994 hingga 2011 selepas kematiannya dilaporkan.

Kim Jong Il dilaporkan mengembara dengan kereta api kerana dia takut untuk terbang dan menaiki pesawat.

Sebelum ini, Kim Jong Il dikatakan mengambil masa selama 10 hari untuk sampai ke Moscow ketika mengadakan pertemuan dengan Putin.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Bagaimanapun, Kim Jong Un tidak seperti bapanya yang takut untuk melakukan perjalanan menggunakan kenderaan udara.

Kim pernah dilihat melakukan beberapa perjalanan udaranya dengan menaiki jet peribadi buatan Rusia.

Pada Mei 2018, beliau membuat penerbangan antarabangsa pertamanya ke bandar Dalian di China untuk bertemu Presiden China, Xi Jinping.

Pesawat yang menerbangkannya ke China ialah pesawat jarak jauh buatan Soviet, Ilyushin-62.

Pemerhati Korea Utara di laman web NK News berkata, pesawat itu dikenali sebagai Chammae-1 oleh penduduk tempatan. Nama itu diambil bersempena dengan nama burung kebangsaan negara itu iaitu goshawk.

Kim juga memiliki beberapa lagi kenderaan peribadi, antaranya adalah kereta jenama mewah Mercedes-Benz S-Class dan kapal layar.

Sumber: BBC

The post Berat Dan Berkelajuan Cuma 50km/j, Ini Apa Yang Ada Dalam Kereta Api Kim Jong Un appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*