Berita Baik Buat Peminat, Siti Nurhaliza Umum Anjur Konsert Tahun Depan

siti nurhaliza konsert

Berita Baik Buat Peminat, Siti Nurhaliza Umum Anjur Konsert Tahun Depan

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilapor bakal mengadakan satu konsert pada tahun depan.

Penyanyi berusia 54 tahun itu dalam satu hantaran di Instagramnya semalam berkata, konsert mega berkenaan diberi nama Saya Siti Nurhaliza Sebuah Epitome.

Menurut hantaran itu lagi, konsert dijadualkan akan diadakan pada 9 Mac 2024.

Manakala, Axiata Arena yang mampu memuatkan kira-kira 16,000 pengunjung dipilih sebagai lokasi konsert terbabit.

Pengumuman yang dinanti-nantikan itu nyata disambut baik oleh warga maya, khususnya peminat tegar penyanyi legenda itu.

Selain para peminat, rakan-rakan dalam industri turut tidak ketinggalan berkongsi keterujaan masing-masing di ruang komen hantaran tersebut.

Antaranya artis yang turut membanjiri ruang komen adalah seperti Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri dan Hael Husaini.

Will be there!!!! (Akan berada di sana),” komen penyanyi lagu Ku Bersuara, Ernie Zakri (@erniezakri).

“Saya boleh tolong angkatkan beg dan sediakan air panas,” tulis penyanyi lagu Jampi, Hael Husaini (@haelhusaini) dengan nada gurauan.

Peminat inginkan sama ada lokasi konsert yang lebih besar atau beberapa hari pertunjukan

Dalam pada itu, ramai peminat berharap konsert berkenaan akan diadakan di venue lebih besar seperti di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Kata mereka, SNBJ mampu memuatkan lebih ramai peminat kerana mereka yakin konsert berkenaan bakal mendapat sambutan luar biasa nanti.

Ada juga peminat yang meminta agar pelantun suara Purnama Rindu itu untuk menambah jumlah hari persembahan.

Come on Siti sepatutnya kat Stadium Negara. Peminat seluruh dunia nak datang.”

“Alaa, Stadium Nasional Bukit Jalillah.”

“Jom ramai-ramai support Siti Nurhaliza tapi kenapa tidak di Stadium Nasional Bukit Jalil huhu atau buat dua hari ke.”

Untuk maklumat, tiket konsert Saya Siti Nurhaliza Sebuah Epitome akan mula dijual pada 21 Disember ini.

Bagaimanapun, maklumat berkenaan platform jualan dan bila waktu jualan dibuka akan diumumkan kelak.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

BACA: Kenali Daisugi, Kaedah Perhutanan Yang Mapan Di Jepun

Sumber: @ctdk via Instagram

The post Berita Baik Buat Peminat, Siti Nurhaliza Umum Anjur Konsert Tahun Depan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*