Boleh Cecah Lima Angka Buat “Live” TikTok, Azlee Senario Luah Rasa Syukur

azlee live tiktok

Boleh Cecah Lima Angka Buat “Live” TikTok, Azlee Senario Luah Rasa Syukur

Siapa sahaja tak kenal dengan pelakon dan pelawak veteran, Azlee Senario yang telah banyak menyumbang jasa dalam bidang seni?

Memetik Astro Gempak, Azlee atau nama sebenarnya Muhammad Azlee Jaafar meluahkan rasa terharu selepas para peminat menghargai kerjayanya dengan memberi sumbangan berbentuk ‘koin’ atau ‘gift’ di aplikasi TikTok.

Dalam tempoh sebulan, Azlee memberitahu bahawa dia mampu meraih pendapatan mencecah lima angka dengan mengadakan siaran langsung atau live di aplikasi itu.

“Saya tidak buat live setiap masa. Saya ada sasaran saya sendiri. Dalam satu hari, saya mencari RM500 dan kalau lebih itu bonus.

“Dalam sebulan, saya boleh dapat RM15,000. Saya akan keluarkan setiap hujung bulan. Saya anggap ia pendapatan bulanan saya.

“Alhamdulillah, setakat ini, duit kereta dan rumah, TikTok yang bayar,” ujarnya.

TikTok bantu ubah hidup Azlee

Tambahnya, dengan hanya melakukan siaran langsung dia sama sekali tidak menjangkakan aplikasi tersebut mampu membantunya dalam menambahkan pendapatan sampingan.

“Saya pun tak sangka penangan TikTok ni dan saya baru sahaja belajar. Ia bermula ketika saya menjadi juri untuk sebuah program TV.

“Ada sahabat saya cadangkan saya untuk buat live di TikTok. Katanya boleh cari duit lebih untuk tambang balik. Pada mulanya, saya macam malas nak mula.

“Kemudian, sahabat saya itu ciptakan akaun dan saya tak sangka platoform itu boleh jana pendapatan. Saya terkejut sebab orang ramai boleh beri ‘gift’ sebanyak itu.

“Ada satu hari, saya buat live selama lima minit dan telah meraih RM8,500,” katanya.

BACA: Tukar Dekat ATM Je, Ini Senarai ATM Terpilih Tukar Duit Raya Tahun 2024

Pelawak berusia 57 tahun itu berkata demikian sewaktu ditemui di majlis iftar dan tayangan video raya Suria FM yang berlangsung di Sri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. dua hari lepas.

Manfaat platform TikTok sebaiknya

Azlee turut menyarankan golongan seperti permata seni khususnya selebriti senior menggunakan platform itu sebaiknya dalam mencari rezeki dan menjadikannya sebagai ‘nyawa’ kedua jika tiada tawaran kerja.

“TikTok ini boleh jadi platform untuk meraih pendapatan sampingan terutamanya buat artis-artis lama. Mereka masih ada peminat yang sayang mereka dan akan berkongsi rezeki.

“Kita bukan minta sedekah tapi orang yang memberi. Itu hadiah daripada orang ramai,” ulasnya lagi.

Sebelum ini dalam drama Hari Raya Suria FM yang berjudul, Suami Raya, pelawak itu membuat kemunculan semula.

Sumber: Astro Gempak

The post Boleh Cecah Lima Angka Buat “Live” TikTok, Azlee Senario Luah Rasa Syukur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*