Budak Lima Tahun “Order” Mainan Bernilai Lebih RM17k Di Amazon

order mainan amazon

Budak Lima Tahun “Order” Mainan Bernilai Lebih RM17k Di Amazon

UNITED STATES — Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dilaporkan telah membelanjakan hampir RM17,600 ($4,000) di dalam platform e-commerce, Amazon.

Memetik TODAY.com, kejadian itu berlaku pada 27 Mac lalu sewaktu Lila dari Westport, Massachusetts itu sedang menaiki kereta bersama keluarganya.

Difahamkan, dia telah meminta bermain telefon pintar milik ibunya, Jessica Nunes. Jessica membenarkan penggunaan telefon bimbit itu, kerana dia tidak mengesyaki bahawa anaknya akan melakukan sesuatu yang pelik.

Kanak-Kanak Order Mainan Di Amazon

Gambar: Courtesy Jessica Nunes

Kejadian itu hanya disedari oleh wanita tersebut apabila menerima notifikasi bahawa kad kreditnya telah digunakan.

“Saya membuat aktiviti harian seperti biasa sebelum menyedari telefon saya berbunyi pada jam 2 pagi keesokan harinya. Mesej yang diterima adalah dari Amazon,” katanya kepada TODAY.com.

Susulan bimbang akaun miliknya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, dia telah membuat semakan dan mendapati kad kreditnya telah dicaj sebanyak RM1,7305, ($3,922).

Gambar: Courtesy Jessica Nunes

Namun semakan itu membawa kepada penemuan 10 basikal pelbagai warna (merah jambu dan biru) dan dua Jeep yang berjumlah lebih RM14,00 ($3,179) oleh anak perempuannya. Bagi pesanan basikal, anaknya telah membeli daripada dua penjual yang berbeza.

BACA JUGA: ‘Lesap’ Sekelip Mata Duit Si Ayah RM866, Anak Tak Sengaja ‘Order’ 100 Mangkuk Mi Sebab Lapar

Selain itu, kanak-kanak itu turut membeli 10 pasang kasut but (jenis koboi) berwarna putih dengan harga melebihi RM3,278 ( $743).

Lebih mengejutkan lagi, kasut tersebut merupakan saiz kasut Jessica.

“Itu saiz kasut saya,” katanya.

Pulangan Semula (Refund)

Gambar: Courtesy Jessica Nunes

Sehubungan itu, wanita berkenaan telah mengambil keputusan untuk menghantar semula kesemua pesanan yang dibuat oleh anaknya itu. Dia juga bernasib baik apabila syarikat-syarikat tersebut menerima kembali proses pulangan semula atau refund.

Nunes membuat andaian bahawa anaknya membeli basikal tersebut selepas melihat model yang sama di taman pada hari sebelumnya.

Maklumnya lagi, perkara itu bukanlah kali pertama berlaku melibatkan pesanan melalui platform e-commerce oleh Lila.

Terdahulu, Lila pernah membuat pesanan menerusi platform dalam talian sewaktu musim perayaan Krismas apabila sebuah kotak tiba di hadapan pintu rumah mereka.

Sumber: TODAY.com

The post Budak Lima Tahun “Order” Mainan Bernilai Lebih RM17k Di Amazon appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*