Budak Nyaris Kena Patuk, Ular Senduk Menyelinap Masuk Sembunyi Bawah Beg

budak nyaris kena patuk ular senduk

Budak Nyaris Kena Patuk, Ular Senduk Menyelinap Masuk Sembunyi Bawah Beg

Satu rakaman video CCTV memaparkan seekor ular kecil yang secara tiba-tiba muncul di bawah beg seorang kanak-kanak di sebuah rumah tular di media sosial.

Video yang dimuat naik di akaun TikTok @cinnamonrolls_byibu itu menunjukkan anak kepada pemilik video tersebut sedang melihat beg yang berada di atas lantai rumah berkenaan.

Berdasarkan rakaman video itu, pada awalnya kanak-kanak lelaki tersebut tidak menyedari kehadiran ular kecil berkenaan.

Kredit TikTok

Ular itu dilihat telah muncul dari bawah beg yang diletak di atas lantai berkenaan dan melingkar di bawah kaki kanak-kanak yang bernama Afeeq itu.

Selepas kanak-kanak tersebut menyedari kehadiran ular berkenaan, dia telah menjerit memanggil ibunya lalu menangis ketakutan.

Kredit TikTok

“Ular masuk rumah pula dari pintu depan. Nasib Afeeq tak ada apa. Ular tu betul-betul la dekat kaki dia. Ibu dekat dapur terkejut dengar dia jerit pastu menangis.

“Ibu duk cari ular nya tapi tak jumpa. Ayah balik keje baru ayah jumpa ular tu.. Dah bunuh bakar ular tu. Alhamdulillah settle semua,” tulis kapsyen muat naik video tersebut. 

@cinnamonrolls_byibu

Ular masuk rumah plak dari pintu depan.. Nasib Afeeq tak ada apa.. Ular tu betul2 la kat kaki die.. Ibu kat dapur terkejut dengar die jerit pastu nangis.. Ibu duk cari ular nya tapi tak jumpa.. Ayah balik keje baru ayah jumpa ular tu.. Dah bunuh bakar ular tu.. Alhamdulillah setel semua.. #fyp #foryoupage #foryourpage #ular #ularbisa #ularhitam #ularhitammasukrumah

♬ original sound – cinnamonrolls_byibu – cinnamonrolls_byibu

Berdasarkan beberapa video rakaman CCTV lain yang di muat naik, ular tersebut dikatakan merupakan anak kepada ular tedung hitam.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna TikTok di ruangan komen mendakwa bahawa ular tersebut merupakan spesis ular senduk.

@cinnamonrolls_byibu

Replying to @cikkiyah12 #ulartedunghitam #ularmasukrumah #ularbisa #fyp #foryoupage #foryourpage

♬ Aesthetic – Tollan Kim

Ular itu telah masuk ke dalam rumah tersebut menerusi celahan di bawah pintu rumah berkenaan.

Menerusi video yang berlainan, wanita tersebut turut menceritakan bahawa ular itu pada awalnya masuk ke dalam rumah menerusi celahan di bawah pintu.

@cinnamonrolls_byibu

Replying to @MissZaty #ulartedunghitam #ularmasukrumah #ularbisa #fyp #foryoupage #foryourpage

♬ Chill Vibes – Tollan Kim

Ular itu kemudiannya terus bergerak ke bawah kerusi sofa berdekatan dengan pintu rumah berkenaan.

Ular itu seterusnya bergerak pula ke beg Afeeq yang berada berdekatan dengan kerusi sofa tersebut.

@cinnamonrolls_byibu

#ularsendukhitam #ularmasukrumah #ularbisa #fyp #foryoupage #foryourpage

♬ Chill Vibes – Tollan Kim

Perkongsian video muat naik tersebut segera mendapat perhatian netizen dan sehingga kini ia telah ditonton hampir satu juta kali.

Video itu turut dibanjiri dengan komen pelbagai daripada netizen yang ingin mengetahui kisah selanjut berkenaan kejadian tersebut.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Ya Allah nasib takde pape.. risau tengok,” tulis seorang netizen.

“Ular tedung hitam ni memang suka masuk dalam rumah sebab dia nak cari tempat sejuk,” tulis seorang netizen berkenaan ular tersebut.

” Aishhh mujur la tak kena apa-apa. Syukur Alhamdulillah risau la mak-mak ni,” tulis seorang netizen yang turut risau melihat kejadian tersebut.

Sumber: TikTok/@cinnamonrolls_byibu

The post Budak Nyaris Kena Patuk, Ular Senduk Menyelinap Masuk Sembunyi Bawah Beg appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*