“Bunga Untuk Diana,” Farid Kamil Tiba Di Mahkamah Dengan Sejambak Bunga Tanda Pendamaian

Farid Kamil bunga

“Bunga Untuk Diana,” Farid Kamil Tiba Di Mahkamah Dengan Sejambak Bunga Tanda Pendamaian

Pelakon Farid Kamil dilaporkan tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari Selangor kira-kira 9 pagi tadi untuk sebutan kes permohonan cerai yang difailkan isterinya.

Ketibaan Farid Kamil ke Mahkamah juga mendapat perhatian selepas dia dilihat membawa sejambak bunga sebagai simbolik perdamaian bagi pasangan tersebut.

Terdahulu, pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon iaitu Farid Kamil. Permohonan cerai itu dilakukan Diana Danielle di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dekat sini.

Diana, atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, selaku plaintif memfailkan permohonan itu pada 10 Mac lepas menerusi Tetuan Akberdin & Co. Beliau menamakan Farid, atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 42, sebagai defendan.

Permohonan cerai itu dikemukakan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

Pelakon utama filem Imaginur itu memfailkan permohonan tersebut atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak lagi mampu hidup bersama sebagai suami isteri.

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Diana, ketika dihubungi mengesahkan anak guamnya memfailkan permohonan itu.

Beliau berkata semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof. Kedua-dua pihak diarah melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafazkan cerai.

Farid, yang popular dengan filem Remp-IT dan Lagenda Budak Setan, diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Farid dan Diana yang sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 Nov 2012 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Sumber: BERNAMA

The post “Bunga Untuk Diana,” Farid Kamil Tiba Di Mahkamah Dengan Sejambak Bunga Tanda Pendamaian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*