Cepat Dan Kemas, Lelaki Kongsi 3 Cara Mudah Pakai Sampin Raya

cara pakai sampin

Cepat Dan Kemas, Lelaki Kongsi 3 Cara Mudah Pakai Sampin Raya

Kurang daripada 10 hari untuk menyambut lebaran pasti ramai yang sudah mula sibuk melakukan persiapan seperti membeli baju raya, menghias rumah dan membeli kuih muih.

Kemeriahan pasti terasa apabila dapat memakai baju sedondon bersama satu keluarga di pagi Syawal nanti.

Bagi kaum wanita, mencari tudung pilihan yang mudah digayakan dan boleh ‘match’ dengan baju pasti menjadi keutamaan.

Bagi lelaki pula, mencari sampin yang sepadan dengan tema warna menjadi keutamaan untuk bergaya di pagi raya. Sampin merupakan identiti klasik yang telah wujud sejak sekian lama dahulu.

Namun begitu, pemakaian yang betul dan kemas dapat memberikan gaya yang menarik kepada pemakainya.

Oleh itu, TipsSK pada hari ini ingin berkongsikan tiga cara pakai sampin dengan kemas dan segak yang boleh digayakan oleh anda pada pagi Syawal nanti.

Jadi, mari kita ikuti perkongsian daripada saluran YouTube LiteOn Project berkenaan tiga cara pakai sampin tersebut.

Cara pertama

Menurut perkongsian tersebut, cara yang pertama anda boleh lakukan adalah dengan cara melipat dua suku daripada sampin di bahagian luar tersebut.

Kredit LiteOn Project

Bahagian lipatan tadi dibawa ke dalam dan kemudian pastikan ia berada di tengah-tengah belakang anda.

Pakai sampin tadi seperti membuat lipatan biasa dan pastikan lidah sampin tadi sama panjang baru boleh digulungkan dengan kemas.

Kredit LiteOn Project

Lakukan dua hingga tiga gulung yang kecil sahaja sebelum melipat dengan kemas di akhir proses pemakaian.

Kredit LiteOn Project

Cara kedua

Seperti gaya yang pertama, kaedah pertama yang anda lakukan adalah dengan melipat sebelah dalam sampin tersebut. Bagi mereka yang tinggi, anda boleh lipatkan sedikit sahaja bahagian atas sampin tadi.

Kredit LiteOn Project

Untuk gaya kali ini, anda perlu memakai sampin tadi seperti memakai sarung atau kain pelikat.

Perkara paling penting adalah, tulang sampin kena berada di tengah bahagian belakang badan anda.

Kredit LiteOn Project

Seterusnya, lipat seperti biasa dan pastikan lidah sampin berada di kedudukan yang sama antara lipatan.

Kredit LiteOn Project

Untuk mengemaskannya, lakukan seperti kaedah yang sama dengan cara pertama tadi iaitu gulung kecil kemudian lipat dan kemaskan.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Cara ketiga

Cara ketiga ini memerlukan pertolongan daripada orang kedua, kerana ia perlu untuk melakukan lipatan seperti memakai kain pelikat.

Kredit LiteOn Project

Sama seperti cara pertama dan kedua, pastikan tulang sampin berada di tengah bahagian belakang, termasuk lidah di depan sampin.

Kredit LiteOn Project

Selepas sudah pastikan kesemua bahagian sepadan dengan gaya yang hendak dipakai, anda boleh melipat sampin tadi dengan cara yang sama dan pastikan ia kemas dan tidak longgar.

Kredit LiteOn Project

Bagaimana dengan perkongsian sebentar tadi? Diharap dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Lepas ni boleh la bergaya dengan kemas dan segak di pagi Raya.

Sumber: LiteOn Project via YouTube

The post Cepat Dan Kemas, Lelaki Kongsi 3 Cara Mudah Pakai Sampin Raya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*