“Cuba Sibukkan Diri Tapi Tak Kuat,” Nukilan Ibu Zaharif Buat Ramai Sebak

nukilan ibu zaharif

“Cuba Sibukkan Diri Tapi Tak Kuat,” Nukilan Ibu Zaharif Buat Ramai Sebak

Sedang berdamai dengan takdir, itu adalah ungkapan yang sesuai bagi mereka yang mengalami titik terendah dalam kehidupan seperti yang dialami Mimi Julia Ismail, 50, ibu kepada pelajar lelaki 17 tahun yang maut dilanggar kereta pada 15 Disember lepas.

Setelah berminggu tragedi yang meragut nyawa anaknya, Muhammad Zaharif Affendi, 17, berlaku Mimi berkata baru semalam diberikan kekuatan untuknya menjalankan perniagaannya seperti biasa.

Mengakui peristiwa perit itu sukar untuk ditelan, Mimi berkata pada ketika ini dia masih tidak mempunyai kekuatan menjalani kehidupan seharian namun telah redha dengan pemergian ‘adik Mat’ iaitu gelaran yang diberikan kepada arwah anaknya.

Kredit: @mimijulia01/TikTok

“Hari ini genap 13 hari adik Mat tinggalkan ibu, hari ini juga Allah bagi kekuatan dekat ibu dan abah untuk kembali menjemput rezeki di kedai kita, Restoran Mimiz.

“Ibu dan abah cuba sibukkan diri tapi ibu tidak kuat. Sayu hati ibu bila terpandang tempat kejadian, terbayang-bayang kesakitan yang adik Mat alami. 

“Kalau boleh ibu nak gantikan kesakitan adik Mat tapi apakan daya Allah lebih menyayangimu nak,” memetik kapsyen yang ditulis di laman TikTok miliknya pada Rabu.

Jelasnya, kehidupan di dunia ini sememangnya tidak dapat dijangka susulan tiada tarikh luput tetapi Mimi akan tetap meneruskan sisa kehidupan sehingga akhir hayat.

“Sungguh betapa rapuhnya hidup kita, kematian tak mengira masa, situasi, muda ataupun tua.

BACA: Bapa Zaharif Belum Jamah Makanan Sejak Peristiwa Hitam

“Tiada sesiapa yang dapat menduga saat kudrat dan kesihatan yang baik, tiba-tiba ajal datang menjemput.

“Ibu redha dengan pemergianmu, hidup ibu dan abah juga hanya tinggal saki baki yang ibu sendiri tidak tahu bila ia akan berakhir,” ujarnya.

Kredit: @mimijulia01/TikTok

Biarpun kecewa dengan peristiwa yang menimpa anaknya tetapi dia memilih untuk memaafkan pelaku kerana tidak mahu berdendam kerana itu lebih menyakitkan.

Susulan kejadian tersebut, Mimi berjanji untuk memberikan yang terbaik kepada orang di sekelilingnya dengan cara hidup bahagia dan membahagiakan orang lain.

“Tunggu ibu di sana ya sayang. Ibu redha dengan perpisahan kita, moga kita bertemu di syurga Allah, amin ya rab.

“Ibu doakan semoga kematian adik Mat merupakan kematian yang husnul khatimah. Bersih dari dosa, pulang dari menuntut ilmu dan berniat pula nak bersolat jumaat,” ujarnya.

Dia turut berharap Yang Maha Esa memberikannya kekuatan dan ketabahan buat diri dan keluarganya dalam menempuh hari-hari yang mendatang.

“Semoga Allah angkat doa-doa seluruh rakyat Malaysia buat adik Mat dan keluarga kita.

“Salam perpisahan buatmu Muhammad Zaharif Affendi bin Muhd Zamrie,” katanya.

Sumber: @mimijulia01/TikTok

BACA: Mohammad Zaharif Bersiap Untuk Solat Jumaat Sebelum Dilanggar – Abang

The post “Cuba Sibukkan Diri Tapi Tak Kuat,” Nukilan Ibu Zaharif Buat Ramai Sebak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*