“Dah Terbangkan 30,000 Jemaah,” Emraz Travel Perjelas, Bincang Dengan TH Isu Penggantungan Lesen

emraz travel th

“Dah Terbangkan 30,000 Jemaah,” Emraz Travel Perjelas, Bincang Dengan TH Isu Penggantungan Lesen

PUTRAJAYA —  Emraz Travel & Tours Sdn Bhd dalam satu kenyataan semalam mengumumkan bahawa pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung isu Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Ketua Pegawai Eksekutif Emraz, Datuk Dr. Haji Zulkarnain Endut menerusi kenyataan itu berkata syarikat terbabit kini dalam proses pemulihan pasca pandemik  COVID-19 dan beberapa perkara lain.

“Seperti mana syarikat pelancongan lain, Emraz juga berdepan dengan proses pemulihan pasca pandemik  COVID-19. Selain kenaikan luar biasa harga tiket dan juga hotel di Tanah Suci,” maklumnya.

Tambahan lagi, pihaknya menjelaskan bahawa Emraz bukanlah syarikat scammer.

Hal ini kerana Emraz sebelum ini telah menghantar lebih 30,000 jemaah umrah. Selain itu, ia juga tidak mengenakan bayaran tambahan meskipun terdapat kenaikan kos.

“Sebelum ini Emraz telah menerbangkan lebih 30,000 jemaah umrah sekali gus membuktikan syarikat ini bukan ‘scammer’, malah tidak mengenakan bayaran tambahan meskipun terdapat kenaikan kos,” jelas EMRAZ lagi.

Sehubungan itu, pihak pengurusan Emraz  mengucapkan terima kasih  kepada pihak TH kerana kesudian menawarkan PJH sebelum ini.

Tabung Haji Gantung Lesen Emraz Travel

Semalam, Lembaga Tabung Haji (TH) telah memaklumkan bahawa pihaknya telah menggantung lesen PJH Emraz Travel & Tours Sdn Bhd.

Menurut TH, ia merupakan langkah awal yang dilaksanakan bagi melindungi kebajikan jemaah haji.

BACA JUGA: 23 Syarikat Diberi Lesen Pengelola Jemaah Haji Tahun Ini – TH

Keputusan itu dibuat berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan oleh syarikat tersebut.

“Bakal haji yang memilih untuk mengerjakan haji melalui pakej swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH yang dilesenkan. Ia termasuk anak syarikat TH iaitu, TH Travel & Services Sdn Bhd,” katanya.

Jelas badan pengelola haji itu, pihaknya sentiasa memantau prestasi syarikat PJH yang dilesenkan. Ia termasuklah perkhidmatan yang diberikan bagi ibadah umrah.

“TH tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak demi untuk menjamin kebajikan jemaah haji negara,” kata TH lagi.

Sumber: EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd

The post “Dah Terbangkan 30,000 Jemaah,” Emraz Travel Perjelas, Bincang Dengan TH Isu Penggantungan Lesen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*