Dapat Ketenangan Dalam Solat, Pelakon Bollywood Vivian Dsena Dedah Sudah Peluk Islam

vivian dsena islam

Dapat Ketenangan Dalam Solat, Pelakon Bollywood Vivian Dsena Dedah Sudah Peluk Islam

Pelakon terkenal India Vivian Dsena mengesahkan dirinya telah memeluk agama Islam dan mendapat ketenangan dalam solat lima waktu yang dilakukan setiap hari, lapor Yeni Safak.

Dalam satu temu bual, Dsena mendedahkan beliau sebenarnya telah pun memeluk Islam pada Ramadan 2019 lalu, sekali gus menamatkan spekulasi berleluasa mengenai hidupnya.

“Tiada banyak yang berubah dalam hidup saya. Saya dilahirkan sebagai Kristian dan kini saya telah memeluk Islam,” kata pelakon berusia 34 tahun itu.

Selepas spekulasi mengenai dirinya tular, pelakon itu meluahkan kekecewaannya terhadap ketaksuban orang ramai mengenai kehidupan peribadinya.

Dsena turut memaklumkan beliau kini hidup bahagia bersama bekas wartawan Mesir Nouran Aly dan anak perempuan mereka yang berusia empat bulan.

Bintang Madhubala itu kemudian menjelaskan bahawa dia dan isterinya telah mengikat tali pertunangan dalam satu majlis di Mesir kira-kira setahun yang lalu.

Pasangan tersebut telah merancang untuk berkongsi berita gembira itu kepada umum apabila anak mereka lahir, namun beliau sering merasakan tiada waktu yang sesuai.

BACA: ‘Gengster’ Disapa Hidayah Allah, Kongsi Kisah Peluk Islam – “Mak Nampak Saya Makin Tenang…”

Mahu hidup yang sederhana

Walaupun menghadapi cabaran yang banyak, Dsena dilihat sangat tenang dan meneruskan kehidupan tanpa membiarkan gosip tersebut mengganggu hidupnya.

Dsena mendedahkan bahawa beliau sangat melindungi privasi keluarganya dan tidak mahu mereka menjadi tumpuan media.

Pelakon itu juga berkongsi bahawa isterinya mempunyai sentimen yang sama dan lebih suka untuk hidup secara sederhana.

Di akaun media sosialnya, Dsena menzahirkan rasa berterima kasih kepada peminat dan pengikutnya atas sokongan mereka terhadap penghijarahannya.

“Saya terharu dengan kasih sayang dan sokongan yang dicurahkan kepada saya.

“Sangat gembira mempunyai peminat yang penyayang dan setia. 

“Anda sentiasa berada di sisi saya ketika dalam senang dan juga susah. Kalian tidak pernah gagal membuat saya rasa dihargai,” katanya.

Kredit: Yeni Safak

Dsena baru-baru ini juga turut berkongsi kepada awam petikan doa semasa awal Ramadan kepada pengikutnya.

“Yang Maha Kuasa. Di hari Jumaat pertama Ramadan yang mulia ini, jadikanlah kami antara orang-orang yang berpuasa dengan ikhlas kerana-Mu.

“Semoga Allah menerima puasa dan ibadah malam yang kami lakukan dengan penuh tawaduk.

“Jauhkan kami dari kelalaian dan ampunilah segala dosa kami, Amin,” memetik petikan itu.

Untuk rekod, Dsena pernah membintangi beberapa drama Bollywood seperti Kasamh Se (2006-2009), Pyaar Kii Ye Ek Kahaani (2010-2011), Madhubala (2012-2014), Shakti Astitva Ke Ehsaas Ki (2016-2021) dan Sirf Tum (2021-2022).

Sumber: Yeni Safak, Viviandsena/Instagram

The post Dapat Ketenangan Dalam Solat, Pelakon Bollywood Vivian Dsena Dedah Sudah Peluk Islam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*