Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023

Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023

Pada masa sekarang, kebanyakan perkara boleh membantu kita untuk menjana pendapatan. Hal ini termasuklah bermain permainan atas talian yang mempu memberikan hasil pulangan yang lumayan.

Untuk makluman, industri ‘gaming’ ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Dahulu, peranti gaming dianggap sebagai satu benda yang mewah dan tidak semua berpeluang untuk bermain permainan video di rumahnya sendiri.

Kini, sesiapa sahaja boleh bermain permainan atas talian dengan kehadiran pelbagai game menarik di peranti mudah alih.

Rata-ratanya, ramai yang menjadikan ‘gaming’ sebagai satu hobi untuk meluangkan masa sama ada secara solo ataupun bersama-sama rakan-rakan.

Betul ke ‘game’ boleh jana pendapatan?

Ada juga yang berfikiran lebih jauh dan menjadikannya sebagai satu karier. Bagaimana? Hasil pendapatan boleh diperoleh menerusi dua cara.

Sama ada pemain tersebut terlibat dalam perlawanan-perlawanan daripada pelbagai peringkat ataupun membuat ‘live’ di hadapan para peminat menerusi laman media sosial seperti Youtube, Twitch dan sebagainya.

Hari ini, Siakap Keli akan kongsikan lima orang gamers paling kaya di dunia setakat 8 Mei 2023.

Menurut Esports Earning, N0tail atau nama sebenarnya, Johan Sundstein merupakan gamer terkaya di dunia setakat ini.

n0tail gamer paling kaya
Kredit: Youtube

Pemain pro DOTA 2 asal Denmark ini berjaya meraih kira-kira $7.18 juta (RM 31.8 juta) secara keseluruhan.

Senarai ini diikuti pemain-pemain dari seluruh pelusuk dunia seperti:

  • JerAx (Jesse Vainikka) 
JerAx
Kredit: OG

Bekas pemain pasukan OG asal Finland ini meraih sebanyak $6.48 juta (RM 28.7 juta)

  • Ana (Anathan Pham)
ana OG gamers
Kredit: OG

Pemain asal Australia yang turut pernah bermain di dalam pasukan OG meraih hasil pendapatan sebanyak $6.02 juta (26.73 juta)

  • Ceb (Sébastien Debs)
ceb og
Kredit: OG

Ceb merupakan pemain DOTA 2 asal Perancis. Sepanjang kariernya, beliau berjaya meraih $5,82 juta (RM 25.84 juta)

  • Topson (Topias Taavitsainen)
topson
Kredit: Twitter

Untuk makluman, pemain aktif DOTA 2 asal Finland ini berjaya mengumpul kira-kira $5.69 juta (RM 25.2 juta)

Kalau nak main game saja-saja, boleh ke? Takutlah orang panggil kita ‘noob

Jangan risau, game bukanlah terlalu ‘kompetitif’ seperti disangka. Korang pun boleh bermain game sekadar untuk bersantai-santai, melepaskan stres dan meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Jika korang ingin berjinak-jinak dalam dunia gaming, kami sarankan korang untuk bermain Playpark Streetballers.

playpark streetballers

Character Skills – Different Character Positions, Different Freestyle Skills

Pada awal permainan, korang diberikan peluang untuk memilih karakter secara percuma. Antara karakter percuma yang diberikan adalah Whitney, Brigdet, Julio, Dwight dan BANG.

playpark streetballers

Setiap karakter memiliki kemahiran dan atributnya yang tersendiri, mengikut posisi masing-masing (Point Guard, Power Forward, Center, Small Forward dan Shooting Guard).

Korang memilih karakter yang bersesuai dengan playstyle korang ataupun, mana-mana karakter yang kelihatan ‘goodlooking’ di mata korang.

playpark streetballers

Player ada kebebasan untuk gayakan karakter sendiri

Dalam permainan ini, para pemain memiliki kebebasan untuk menggayakan karakter sendiri.

playpark streetballers

Pelbagai pilihan dari segi pakaian, gaya rambut, pakaian, kasut dan sebagainya untuk memenuhi citarasa para pemain.

Pilih reka bentuk gelanggang sendiri

Selain itu, korang pun boleh mereka bentuk gelanggang bola keranjang mengikut taste korang sendiri.

playpark streetballers

Terdapat pelbagai pilihan lokasi untuk menempatkan gelanggang idaman korang.

playpark streetballers

Selepas itu, korang boleh pilih permukaan gelanggang, rekaan graffiti, struktur pada backboard, palang dan gelung jaring, hiasan sekeliling gelanggang termasuklah meletakkan maskot di atas gelanggang.

Boleh pilih mod bola keranjang jalanan – 3v3, 2v2, 1v1, Tersuai

Pemain boleh memilih mod bola keranjang jalanan yang diminati sama ada 3v3, 2v2, 1v1 ataupun boleh mereka mod permainan korang.

playpark streetballers

Bina kelab anda sendiri dengan rakan-rakan

Bukan itu sahaja, kalau bermain game ini bersama rakan-rakan, korang boleh membina kelab sendiri dalam permainan ini.

playpark streetballers

Dalam ‘Club’, para pemain boleh mengasah bakat dan bertukar-tukar kemahiran bersama-sama pemain lain dari rantau Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand dan Singapura.

playpark streetballers

playpark streetballers

Permainan Pantas & Mudah: Menang dalam masa 3 Minit

Berbeza dengan permainan atas talian lain, setiap perlawanan dalam Playpark Streetball hanya memakan masa selama tiga minit sahaja

*tidak termasuk masa tambahan.

Ini dapat membantu para pemain, khususnya pemain kasual untuk merancang masa bermain mereka dalam permainan ini dengan efisien.

Selain itu, permainan ini juga menggunakan antaramuka (interface) yang mudah difahami. Boleh dikatakan, game ini sesuai bagi sesiapa yang berjinak-jinak dalam dunia gaming.

gamers paling kaya playpark streetballers

Jika korang masih kurang mahir mengawal karakter anda, pihak Playpark turut menyediakan panduan kepada para pemain menerusi laman web game ini.

gamers paling kaya playpark streetballers

Wah, mana nak dapatkan game ni? Saya tak boleh move on dari design BANG

Jika korang tak sabar-sabar nak memulakan pengembaraan bola keranjang jalanan bersama karakter kegemaran korang, korang boleh memuat turun permainan Playpark Streetballers menerusi laman web Playpark.

Bagi mengikuti informasi terkini, ikuti kami di halaman Facebook (Siakap Keli dan Siakap Keli Press) dan TikTok.

Sehubungan itu, Siakap Keli akan bermain game ini secara live di TikTok pada minggu depan.

Nantikan slot ‘Santai Gaming – Siakap Keli X Playpark Streetballers’ pada jam 2.00 petang pada 18 Mei 2023. Jumpa anda di sana!

 

 

 

The post Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*