Demi Capai Cita-cita Jadi Serigala, Lelaki Sanggup Labur RM 99k Dapatkan Kostum Khas

Lelaki Sanggup Belanja RM99,820 Demi Mencapai Cita-Citanya Sebagai Serigala

Seorang lelaki misteri sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar hanya semata-mata untuk memenuhi impiannya yang mahu menjadi seekor serigala, lapor Next Shark.

Lelaki berkenaan dilaporkan telah menghubungi Zeppet, sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan rekaan dan penghasilan komstum untuk tujuan prop di Jepun, bagi menempah satu kostum serigala yang sangat realistik.

Dia membayar kira-kira tiga juta Yen (RM 99,820) kepada Zeppet bagi memastikan kostum yang dihasilkan itu menepati citarasanya.

“Kerana cinta terlalu mendalam kepada haiwan ini sejak kecil lagi selain kerap melihat pelakon memakai kustom serigala di televisyen, saya bercita-cita mahu memilikinya juga suatu hari nanti,” kata lelaki tersebut seperti yang didedahkan Zeppet.

Syarikat tersebut mengambil masa selama 50 hari untuk menyiapkan tempahan khas lelaki itu.

Kredit: Zeppet

Sebelum menghasilkan kostum serigala ini, Zeppet terlebih dahulu melakukan kajian terhadap anatomi serigala bagi memastikan kostum yang dihasilkan kelihatan seperti seekor serigala yang sebenar apabila disarung nanti.

“Kami menghasilkan kostum serigala tersebut berdasarkan pesanan peribadi lelaki tersebut. Model kostum ini dihasil berdasarkan serigala jenis canis lupus lycaon” kata syarikat tersebut.

Zeppet turut berkongsi beberapa keping gambar lelaki itu menyarung kostum yang dihasilkan khas untuknya. Lelaki berkenaan turut memuji hasil kerja Zeppet yang disifatkannya sebagai sangat teliti dan memerlukan kemahiran yang tinggi.

“Ketika menyarung kostum tersebut, saya merasa terkesima apabila melihat perubahan diri saya. Impian saya sudah tercapai,” kata lelaki misteri itu lagi.

Terdahulu, Zeppet pernah menjadi tular apabila menerima tempahan kostum anjing daripada seorang individu bernama Toco.

Toco dilaporkan telah membelanjakan hampir RM70,000 untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi seekor anjing.

BACA: Belanja Sehingga RM 70,000 Demi Nak ‘Jadi’ Anjing, Lelaki Bimbang Dianggap Aneh & Pelik

Sumber: Next Shark

The post Demi Capai Cita-cita Jadi Serigala, Lelaki Sanggup Labur RM 99k Dapatkan Kostum Khas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*