Dendam Kerana Pernah Dipatuk, Lelaki ‘Gigit’ Kepala Ular Sampai Putus

gigit ular dendam

Dendam Kerana Pernah Dipatuk, Lelaki ‘Gigit’ Kepala Ular Sampai Putus

Tiga orang pemuda ditahan atas dakwaan menangkap ular, menggigit kepalanya da merakam kejadian tersebut di daerah Ranipet, India.

Kejadian berkenaan merupakan kejadian terbaru melibatkan pertembungan antara ular dengan manusia di India.

Penahanan itu dibuat susulan tularnya satu video ngeri di media sosial yang meraih perhatian warga maya di negara tersebut. Susulan itu, sebuah pertubuhan aktivis haiwan kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.

Ketiga-tiga pelaku yang dirakam dalam video tersebut didakwa menyiksa dan membunuh reptilia tersebut selain didakwa merakam perbuatan ngeri itu.

gigit ular sebab dendam
Kredit: India Times via TV9

Seorang lelaki mendakwa diriya dipatuk ular tersebut

Menerusi video berkenaan, salah seorang suspek mendakwa ular tersebut telah mematuk bahagian tangannya. Ujarnya lagi, disebabkan kejadian itu ular berkenaan akan menanggung akibatnya.

gigit ular dendam
Kredit: India Times

Kemudian, suspek mengigit ular tersebut pada bahagian kepala. Lelaki berkenaan dirakam meneruskan perbuatan tersebut walaupun rakan-rakanya meminta untuk ular berkenaan dilepaskan.

Tidak lama selepas itu, semua didapati tertawa ketika rakaman video berkenaan menunjukkan keadaan ular itu yang dipercayai sudah tidak bernyawa lagi.

Badan ular berkenaan berlumuran dengan darah dan bahagian kepala terpisah daripada anggota badannya yang lain.

Bagaimanapun, setakat ini tidak maklumat lanjut dikongsikan berkenaan tarikh bila video berkenaan dirakam.

Kes-kes manusia gigit ular bermotif dendam sebelum ini

Sebelum ini, terdapat beberapa kes mirip berlaku di India. Pada 2021, seorang lelaki berusia 45 tahun dilaporkan menggigit ular sehingga mati.

Individu tersebut berbuat demikian kerana haiwan tersebut telah mematuknya terlebih dahulu di sebuah perkampungan kecil di Odisha, Jaipur.

Pada 2018 pula, seorang lelaki di Hardoi telah menggigit dan mengunyah haiwan tersebut sebelm meludahkannya semula. Seperti kes di atas, motif perbuatan adalah daripada unsur-unsur dendam terhadap haiwan tersebut.

BACA: “Mung Sape?”, Pedas, UAI Tegur Sikap Netizen Suka Masuk Campur Urusan Tetapan Hari Raya

BACA: PM Sahkan Terlibat Dalam ‘Proses’ Menilai Permohonan Pengampunan Diraja Najib

Sumber: India Times

The post Dendam Kerana Pernah Dipatuk, Lelaki ‘Gigit’ Kepala Ular Sampai Putus appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*