Detik-Detik Gempa Bumi Kuat Di Jepun

detik-detik gempa jepun

Detik-Detik Gempa Bumi Kuat Di Jepun

Hari pertama tahun 2024 menyaksikan berlakunya bencana gempa bumi di Jepun yang dilaporkan berkekuatan 7.5 magnitud.

Susulan itu juga, amaran tsunami telah dikeluarkan di wilayah Ishikawa dan memaksa penduduk untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.

Memetik NHK, pegawai Bandar Suzu di Wilayah Ishikawa berkata beberapa buah rumah dan tiang elektrik roboh berikutan gempa bumi itu.

Sementara itu, seorang pengawal di pejabat di bandar Wajima, Ishikawa berkata semua rak di pejabat runtuh.

Manakala, beberapa video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial menyaksikan detik-detik ketika gempa tersebut.

Menerusi salah satu video CCTV yang dikeluarkan oleh NHK dapat dilihat beberapa bangunan di kawasan perumahan penduduk runtuh menyembah bumi ketika kejadian itu.

Situasi panik jugak dapat dilihat di dalam tren kereta api dan kawasan parkir kereta yang memperlihatkan berlakunya gegaran yang sangat kuat.

Gempa juga telah menyebabkan beberapa jalan musnah dan sekitar 33, 500 penduduk terputus bekalan elektrik.

Terdahulu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii memberi amaran bahawa ombak tsunami berbahaya mungkin berlaku dalam jarak 300 kilometer (190 batu) dari pusat gempa di sepanjang pantai Jepun.

Manakala, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata tsunami yang lebih tinggi iaitu setinggi lima meter dijangka akan melanda Noto, di wilayah yang sama.

Sumber: NHK, AFP, X

The post Detik-Detik Gempa Bumi Kuat Di Jepun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*