Dewan Rakyat Maklum Kekosongan Kerusi Parlimen Pulai Kepada SPR

dewan rakyat kerusi parlimen pulai

Dewan Rakyat Maklum Kekosongan Kerusi Parlimen Pulai Kepada SPR

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) — Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai, susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi itu dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan suruhanjaya tersebut bahawa ada kekosongan.

“Saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat, telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 25 Julai 2023 kepada Pengerusi SPR, bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah meninggal dunia pada hari Ahad 23 Julai 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA JUGA: Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

Bagi pihak Parlimen Malaysia, Johari turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam kelmarin, setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Sumber: BERNAMA

The post Dewan Rakyat Maklum Kekosongan Kerusi Parlimen Pulai Kepada SPR appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*