Dianggap Hidangan ‘Rare’, Ini Resipi Sekaya Labu Terengganu

resipi sekaya labu terengganu

Dianggap Hidangan ‘Rare’, Ini Resipi Sekaya Labu Terengganu

Malaysia sangat kaya dengan pelbagai jenis budaya, etnik, bangsa, agama dan yang paling digemari oleh masyarakat, makanan.

Pergilah ke mana saja di negara ini, anda pasti akan terpikat dengan makanan tempatan yang pelbagai. Ada makanan tradisional dari pelbagai bangsa, dari negara luar, dan ada juga sajian yang luar biasa!

Kadang-kadang, makanan yang kita biasa makan pun boleh diubah menjadi luar biasa. Contohnya, pisang goreng cheese. Makanan yang sudah lazim dimakan dan telah diubah untuk mengikut trend.

Menu yang nak dikongsikan ini, berasal dari negeri di pantai timur iaitu negeri Terengganu. Apa pula nama makanan ini?

Kalau nak tahu, nama makanan ini Sekaya Labu Terengganu. Memang istimewa di Terengganu!

Resipi Sekaya Labu Terengganu

Gambar via Muliadi Ramli/Masakan Terengganu

Bahan-Bahan

Anda semua mesti tertanya-tanya, apa resipi Sekaya Labu Terengganu ni? Nak kena pergi Terengganu dulu ke baru boleh buat? Marilah kita sama-sama belajar buat Sekaya Labu Terengganu ini.

Langkah paling penting, mestilah pastikan yang anda semua ada bahan-bahan untuk membuatnya. Kalau tak ada, macam mana pula anda nak cuba resipi ni?

Bahan yang pertama, labu Feringgi satu kilogram. Pastikan anda gunakan labu yang sudah tua dan matang. Bersihkan dahulu labu itu, kemudian tebuk di bahagian atasnya dan semua bijinya harus dibuang.

Bahan yang kedua pula, empat biji telur itik dan dua biji telur ayam. Kemudian, nisang kerek kecil sebanyak 1/2. Jika anda suka makan manis, bolehlah letak lebih. Selain itu, anda semua memerlukan tiga sudu besar gula merah.

Antara bahan-bahan yang lain pula adalah, daun pandan dua helai, sekotak santan kecil (200 ml), garam satu sudu kecil, perasa vanila satu sudu kecil untuk hilangkan bau hanyir telur dan air setengah cawan.

Cara Membuatnya

Bahan-bahan semua dah ada, jadi marilah kita belajar cara-cara nak membuat Sekaya Labu Terengganu pula.

Mula-mula, kita panaskan nisang dan gula merah dengan air dan daun pandan. Ketepikan untuk sejuk bila dah cair. Pukul telur bagi kembang sikit, kemudian masukkan santan dan garam serta perasa vanila dan pukul lagi.

Selepas itu, campurkan air nisang yang ditapis serta telur tadi dan pukul sehingga kembang sedikit. Kemudiannya, kukuskan selama 50 ke 60 minit, bergantung kepada kukusan dan saiz labu.

Sejukkan selepas dah dimasak. Apabila dah sejuk, barulah anda boleh memotongnya. Ia enak dimakan sejuk dengan aroma labu yang wangi dan manis dapat membuka selera.

Gambar via Muliadi Ramli/Masakan Terengganu

Selamat mencuba!

Sumber: Muliadi Ramli via Masakan Terengganu

BACA JUGA: Mesti Jadi, Ini Tip Goreng Ikan Supaya Tidak Melekat Dan Meletup Di Dalam Kuali

The post Dianggap Hidangan ‘Rare’, Ini Resipi Sekaya Labu Terengganu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*