Dipenjara seumur hidup kerana kahwin budak perempuan umur 9 tahun

NAIROBI – Seorang lelaki berusia 50 tahun di Kenya yang mengaku berkahwin dengan budak perempuan berumur sembilan tahun telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, lapor portal berita Daily Monitor semalam.

Saigulu Ololosereka dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Narok selepas dia dapati menyebabkan gadis itu hamil selepas mengahwininya.

Semasa membuat pengakuan pada 9 Januari lalu, Ololosereka berkata, dia mengahwini budak perempuan itu pada 2019 ketika isterinya baru berumur sembilan tahun dan bergelar isteri keempatnya.

Gadis itu kini berusia 12 tahun dan masih menjalani rawatan di sebuah hospital di Narok selepas menjalani pembedahan Caeserian setelah mengalami kesukaran melahirkan anak.

Semasa menyampaikan penghakiman, Hakim Phyllis Shinyada menyifatkan tertuduh sebagai tidak menyesali perbuatan itu dan menyebabkan gadis tersebut menderita secara fizikal dan psikologi. – Agensi

 

The post Dipenjara seumur hidup kerana kahwin budak perempuan umur 9 tahun appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*