Dituduh Makan Lari Tanpa Bayar Bil, Pelanggan Tampil Beri Penjelasan

makan lari bayar bil

Dituduh Makan Lari Tanpa Bayar Bil, Pelanggan Tampil Beri Penjelasan

Sebuah restoran makanan laut di Sabah mendakwa bahawa pelanggannya yang terdiri daripada sebuah keluarga bertindak meninggalkan premis sebelum membuat bayaran bil penuh makan malam, lapor Sinar Harian.

Mengikut maklumat daripada restoran tersebut, kejadian dikatakan berlaku pada malam Ahad lalu sekitar jam 9.40 malam.

Pelanggan yang terdiri daripada sebuah keluarga itu hanya membayar sebanyak RM400 dari jumlah bil penuh RM1,102.20.

Pelangganya itu mendakwa bahawa harga untuk makan malam tersebut adalah terlalu mahal buat mereka sekeluarga.

“Tiada alasan untuk tidak membayar sedangkan kita sendiri tahu apa menu yang dipesan. Apa pun alasannya harap segera membuat pembayaran selebihnya,” kata hantaran itu.

Bagaimanapun, perkara itu kemudiannya disangkal oleh pelanggan tersebut menerusi sebuah hantaran penjelasan di akaun Facebook miliknya.

Pelanggan tersebut mendakwa bahawa mereka tidak menyangka harga yang dikenakan terlalu mahal untuk tiga orang ahli keluarga sahaja.

Menurut hantaran itu, pihak restoran tidak memberikan maklumat yang mencukupi berkenaan harga yang dipesan oleh mereka sekeluarga.

“Kami telah membuat bayaran seperti pihak restoran cadangkan untuk selesaikan isu tersebut. Juruwang di situ yang cadangkan idea untuk bayar 50-50 (separuh), bukan kami.

“Apabila kami melihat lobster di menu, harganya RM48 per 100 gram yang di mata kami nampaknya berada dalam bajet kami. Jika kami hanya memesan saiz yang lebih kecil dan pelayan itu juga meyakinkan kami, dia hanya akan berikan kami yang kecil dan tidak berat.

“Tetapi rupanya dia (pelayan) memesan yang beratnya satu kilogram tanpa memaklumkan kepada kami terlebih dahulu,” katanya dalam hantaran itu.

Makan malam hanya untuk tiga orang

Pelanggan itu berkata bahawa dia berasa sangat terkejut melihat harga makanan yang dipesan itu, memandangkan hanya tiga orang sahaja yang makan.

“Kami berbincang dengan pelayan kerana dia memesan saiz yang lebih besar tanpa memberitahu kami harga dan saiz tertentu.

“Kemudian juruwang datang dan menawarkan untuk menyelesaikan masalah dengan restoran membayar separuh dan kami membayar RM500.

“Sebelum keluar, juruwang tersebut memulangkan semula RM100 kepada kami. Dia beritahu kejadian ini sering berlaku dan ramai pelanggan terkena kerana tidak diterangkan dengan jelas mengenai harga oleh pelayan yang sama.

“Kami kemudian berterima kasih kepada juruwang itu dan menjangkakan isu itu sudah selesai. Kami tidak meninggalkan restoran tersebut tanpa membuat bayaran. Sebagai bukti di resit juga dicetak bayaran sudah dijelaskan,” jelasnya.

Selepas memberikan penjelasan tersebut, pelanggan terbabit berharap agar salah faham itu dapat diselesaikan dengan baik dan segera.

BACA: Seram, Wanita Rakam Kucingnya Bersikap Aneh Sebelum “Catwheel” Tiba-Tiba Bergerak Sendiri

Sementara itu, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah akan melakukan pemeriksaan ke atas restoran makanan laut terbabit.

Pengarah KPDNK Sabah, Georgie Abas berkata bahawa sehingga setakat ini pihak masih belum menerima sebarang aduan daripada pelanggan berkenaan.

“Jika ada aduan rasmi, kami akan siasat tetapi kalau ikut hantaran pelanggan tersebut seolah-olah semua tanda harga memang ada. Mungkin berlaku salah faham antara pelanggan bersama peniaga.

“Namun perkara ini sukar dibuktikan kerana ia dakwaan daripada kedua-dua pihak. Jadi saya akan minta pegawai untuk membuat pemeriksaan premis terbabit. Ia untuk memastikan semua tanda harga jelas dan beri nasihat kepada peniaga kalau dakwaan pelanggan tersebut adalah benar,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Dituduh Makan Lari Tanpa Bayar Bil, Pelanggan Tampil Beri Penjelasan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*