Dua Beradik Maut Motosikal Dinaiki Bertembung Kereta

dua beradik bertembung kereta

Dua Beradik Maut Motosikal Dinaiki Bertembung Kereta

IPOH, 5 Okt (Bernama) — Dua pelajar sekolah maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 45 Jalan Hutan Melintang – Bagan Datuk pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menunggang motosikal terbabit dan adik perempuanya berumur 13 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Beliau berkata bagaimanapun, wanita berumur 28 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Viva hanya mengalami cedera ringan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal dari arah Bagan Datuk menghala ke Hutan Melintang dipercayai mahu memotong dengan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta terbabit dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Adnan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu.

“Mana-mana saksi atau individu yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) atau kamera litar tertutup boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Muhammad Hanif Ghazali menerusi talian 013- 8211978 atau 05-612 2222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Adnan turut menasihati orang ramai supaya sentiasa memandu mengikut peraturan jalan raya dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Dua Rentung Dalam Nahas Kereta Bertembung Lori Kontena

The post Dua Beradik Maut Motosikal Dinaiki Bertembung Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*