Dua Kanak-Kanak Hanyut Di Sungai Ciliwung, Indonesia

Dua Kanak-Kanak Dihanyutkan Di Sungai Ciliwung

Seramai 150 pasukan penyelamat bertungkus lumus mengesan dua kanak-kanak yang hanyut di Sungai Ciliwung, Indonesia pada hari Ahad sekitar jam 5:15 petang, lapor Tempo.com.

Difahamkan, mangsa yang merupakan anak yatim masing-masing berusia lapan dan 11 tahun dihanyutkan arus deras dalam kejadian yang berlaku tepat di belakang Pusat Pembinaan Pendidikan dan Latihan Pembangunan Kompetensi Tenaga Pendidik, Pendidikan dan Vokasional (P2KPTK2), Jagakarsa, Jakarta Selatan.

Menurut Komandan Pasukan, Basarnas Apriato, “Kami sudah kerahkan lebih kurang 150 penyelamat, belum termasuk yang rela untuk membantu. Jumlahnya cukup banyak, kita sudah hantar sehingga sepuluh bot,”

Tambah Apriato, pegawai yang terlibat merupakan pasukan Polis Jagakarsa, SAR Brimob Polda Metro Jaya, Sabhara Polda Polda Metro Jaya, bomba, BPBD, Basarnas dan beberapa sukarela.

Dua Kanak-Kanak Hanyut Di Sungai
Gambar: Shutterstock

Memetik Tempo.com, anggaran kedalaman Sungai Ciliwung semasa pencarian dilakukan adalah kira-kira dua meter.

Difahamkan mencari dan menyelamat (SAR) menyelam telah dilakukan namun, sehingga kini (setakat dilaporkan) pasukan penyelamat masih belum menjumpai tanda-tanda keberadaan mangsa.

“Jadi ada dua kemungkinan iaitu mangsa masih tersangkut di kawasan lemas atau dibawa arus. Itu yang kita jangkakan.

“Kami tidak menggunakan pukat atas sebab keselamatan selain bimbang akan tersangkut di mana-mana memandangkan keadaan arus yang deras dan cuaca yang tidak menentu di hulu sungai,” katanya.

Sementara itu, pencarian dua mangsa hanyut itu masih diteruskan selama 24 jam, namun pergerakan bot dihentikan sekitar jam 6 petang WIB bagi memastikan pasukan pencari selamat daripada arus bahaya di Sungai Ciliwung.

Dalam masa yang sama, Aprianto turut mneggesa penduduk tempatan unttuk berhati-hati ketika hujan terutamanya kanak-kanak yang kerap bermain di Sungai Ciliwung.

“Sesiapa yang ternampak golongan yang tidak biasa melakukan aktiviti sungai, tolong maklumkan kepada mereka keadaan sungai yang berbahaya dan berpotensi untuk hanyut dibawa arus,” maklumnya.

Sumber: Tempo.com

The post Dua Kanak-Kanak Hanyut Di Sungai Ciliwung, Indonesia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*