Dua Lelaki Maut, Tertusuk Pisau Diikat Pada Ayam sabung

Tertusuk Pisau Diikat Pada Ayam sabung

Dua Lelaki Maut, Tertusuk Pisau Diikat Pada Ayam sabung

Dua lelaki maut tertusuk pisau yang dipasangkan kepada ayam jantan ketika acara sabung ayam di India, lapor New York Post.

Seorang daripada mangsa adalah penonton bagi acara berkenaan dan seorang lagi merupakan pemilik kepada salah satu ayam yang dipertaruhkan. Kedua lelaki tersebut maut selepas terkena pisau tajam yang diikat pada kaki ayam berkenaan, lapor New India Express.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada Ahad lalu semasa sambutan perayaan Hindu Makar Sankrati.

Insiden pertama berlaku semasa pemilik ayam tersebut mengikat bilah pisau di kaki ayam laganya sebelum berlaga dengan seekor lagi ayam yang lain.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Ayam itu dikatakan telah terbang ke udara sebelum hinggap ke atasnya ekoran ditakuti oleh orang ramai.

Kaki pemilik ayam berkenaan telah dikelar dengan teruk sehingga berdarah dan disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital tempatan.

Dalam kejadian kedua, seorang penonton sabung ayam di daerah Godavari Timur, dilaporkan telah ditetak di tangan sehingga berdarah.

Amalan kejam itu masih berterusan di beberapa bahagian di Amerika Syarikat. Bulan lalu, ahli keluarga di Alabama yang menjalankan kegiatan sabung ayam secara haram telah dijatuhkan hukuman.

Pelaku dan keluarganya dijatuhkan hukuman penjara antara 25 hingga 77 tahun kerana menjalankan operasi haram itu, kata pendakwa raya.

Namun sehingga kini, perbuatan itu tetap popular di kalangan orang tertentu dan ia juga merupakan sarang kepada perjudian haram.

Sumber: New York Post

The post Dua Lelaki Maut, Tertusuk Pisau Diikat Pada Ayam sabung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*