Dua pasangan kekasih ditahan berkhalwat di hotel Kuala Terengganu, ‘Kami nak berehat je’

Empat individu termasuk seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan dalam operasi serbuan yang dilakukan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), semalam.

Ketua Penolongg Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Syariah JHEAT), Md Adnan Abdullah berkata, seramai 13 pegawai penguat kuasa syariah JHEAT terlibat dalam operasi itu.

Pelajar perempuan berusia 19 tahun terbabit telah ditahan bersama pasangannya berusia 19 tahun.

“Pasangan kekasih itu memberi alasan hanya mahu berehat sebentar di bilik hotel berkenaan kerana lelaki tersebut terlalu penat setelah pulang bekerja.

“Mereka juga mendakwa tidak ada melakukan apa-apa perbuatan tidak senonoh,” katanya.

Sementara itu, sepasang lagi kekasih berusia 26 dan 28 tahun berasal dari Kelantan turut ditahan. Pasangan itu memberi alasan hanya mahu berehat di hotel kerana penat memandu.

BACA: Tular Rakaman Wanita Maut, Dilanggar & Digilis Berkali-kali Kereta Dipandu Teman Lelaki

Sumber: Kosmo Online

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*