Elon Musk Impi Tubuh Universiti Sendiri

elon musk universiti

Elon Musk Impi Tubuh Universiti Sendiri

Walaupun telah menerajui beberapa syarikat termasuk Tesla dan X (yang dulu dikenali Twitter), ia tidak menghalang jutawan Elon Musk untuk membuka sebuah universiti di Austin, Texas, lapor Business Insider.

Baru-baru ini, Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla menyatakan hasratnya selepas dia memaklumkan akan memberikan dana kira-kira RM467 juta kepada yayasan baharu dinamakan The Foundation, yang membantu membangunkan universiti yang diingini.

Difahamkan, universiti yang akan dibangunkan akan memberi tumpuan dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

Pada permulaan, Musk berkata pada ketika ini dia hanya merancang untuk menerima seramai 50 pelajar dalam univerisiti tersebut.

The Foundation juga mengatakan hasratnya dalam mengembangkan operasinya dengan mewujudkan universiti khusus untuk pendidikan di peringkat tertinggi akhirnya tercapai.

Dalam pada itu, universiti itu juga akan memohon akreditasi dengan Persatuan Kolej dan Suruhanjaya Sekolah Selatan mengenai kolej.

Musk juga mengatakan universiti itu merancang untuk tidak menyediakan tuisyen namun akan menyediakan biasiswa berasaskan keperluan jika ia melaksanakan tuisyen.

Sebelum ini, Musk telah menyatakan minat untuk menubuhkan sekolah pada tahun 2014 dan dia juga telah membangunkan sekolah swasta kecil, dipanggil Ad Astra.

Musk juga pernah bergurau tentang mahu mewujudkan Texas Institute for Technology, atau singkatannya TITs, dan telah membuat beberapa ulasan tentangnya di X mengenai keadaan pendidikan di Amerika Syarikat (US).

Sumber: Business Insider

BACA: Elon Musk Rancang Kenakan Yuran Langganan Kepada Semua Pengguna X

The post Elon Musk Impi Tubuh Universiti Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*